Demi sesuap nasi, budak 9 tahun jual tisu di kaki lima sara ibu buta & keluarga

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Jan 2020 12:04:29



Bukan semua orang dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah dan mampu untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Lebih sedih lagi apabila anak yang masih kecil terpaksa sama-sama mengerah kudrat mencari duit untuk menyara keluarga.

Walaupun sesi persekolah sudah menjangkau hampir  tiga minggu, masih ada lgi kanak-kanak yang tidak bersekolah akibat kekangang kewangan.

Menyusuri kisah kebajikan yang dilakukan oleh seorang guru yang banyak terlibat dengan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah, Cikgu Mohd Fadli Salleh telah memuat naik satu perkongsian di Facebook miliknya.

Pada kali ini, dia telah memberikan bantuan kepada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang menjual tisu bagi memperoleh duit untuk keluarga. alt

alt

Lebih menyayat hati, ibunya merupakan seorang insan kelainan upaya (OKU) dan tidak dapat melihat serta bekerja. Oleh itu dia mengambil upah mengurut yang pendapatannya tidak menentu.

Oleh hal yang demikian, kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu terpaksa menjual tisu di kaki lima dan hasil keuntungan diserahkan kepada ibu dan kakaknya untuk belanja.

alt

alt

Terpanggil untuk membantu keluarga kanak2 itu, Cikgu Fadli telah memberikan beberapa cara untuk  membantu membawa semula kanak2 tersebut ke sekolah. Dia juga tidak akan membiarkannya terus berjualan tisu dan akan menggantikan pendapatannya setiap bulan asalkan dia dapat bersekolah semula.

alt

alt

Cikgu Fadli juga menyatakan bahawa akan memastikan keluarga tersebut dibantu dan memperoleh perkembangan positif terutamanya berkaitan persekolahan anak-anak.

alt

alt

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat di Facebook, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa kasihan terhadap apa yang terjadi kepada kanak-kanak tersebut.

Mereka juga turut memuji inisiatif yang dibuat oleh Cikgu Fadli serta NGO yang digerakkan kerana membantu ramai kanak-kanak yang keciciran sekolah akibat kemiskinan kembali semula ke bilik darjah.

alt

alt

alt

: Mohd Fadli Salleh

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...