by Oh! Semput
Pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz mengakui sedang dalam proses mengenali seorang jejaka yang tidak mahu didedahkan identitinya.
Memetik laporan Utusan Online, Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz berkata, dia dan individu tersebut mula mengenali dan berhubungan sejak sembilan bulan lalu.
Sebelum ini, khabar angin mengatakan Nasha sedang bercinta tersebar apabila dikatakan menerima jambangan bunga sewaktu di lokasi penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon filem Puaka Tebing Biru itu tidak menafikan atau mengiyakan berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, pengarah dan penerbit terkenal Fadzil Teh mendedahkan model jelita itu sering mendapat jambangan bunga ketika menjayakan naskahnya.
@fadziltehhjzil42 #nashaaziz #peminatrahsia #hariharihantarmakandanbunga #trending SUMBER ASAL
Leave a Comment:
Related News