by Oh! Semput
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar dalam pemilihan UMNO sesi 2023-2026.
Mohd Shahar menang dengan. menewaskan penyandang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, selepas bekas Timbalan Menteri Kewangan 1 itu memperoleh 338 undi perwakilan.
Dalam pemilihan kali ini, Mohd Shahar turut menawarkan diri merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, namun tewas dalam pertembungan empat penjuru, selepas dimenangi Dr Mohamad Akmal Salleh.
Ini juga cubaan kedua Mohd Shahar untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas pernah mencuba nasib pada pemilihan 2018, namun ketika itu tewas kepada Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. #sumber