Sharnaaz enggan cerai, Nabila menangis [METROTV]

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Sep 2019 14:01:19



KAKAK kepada pengacara popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 34, menangis sebaik suaminya yang juga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 34, menolak permohonan cerai yang difailnya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Sebaik prosiding kes itu berakhir, Noor Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International sepatutnya mengadakan sidang media bagi meluahkan perasaannya.

Noor Nabila ketika ditemui tidak bersedia memberikan kenyataan sebelum menangis di hadapan pengamal media.

“Saya tak bersedia memberikan 'statement' (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan," katanya.

Sementara itu Sharnaaz berkata, dia enggan mengulas mengenai sebab dia menolak penceraian kerana mahu mengikut prosuder mahkamah yang ditetapkan.

Dia ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian itu.

"Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan. Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa cerai nak gaduh-gaduh.

“Reda atau tidak (penceraian ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut.

“Apabila saya kata tak setuju (tolak penceraian), kita cuba memperbaiki (hubungan) sebaik mungkin dan cari kebaikan," katanya.

Ketika ditanya sama ada masih menyanyanyi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu.

Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya.

“Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila," katanya.

Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes penceraian terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak.

Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai.

“Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu," katanya.

Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk bercerai.

“Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain," katanya.

Dalam pada itu peguam Noor Nabila, Azmi Mohd Rais berkata, pihaknya memfailkan penceraian itu pada 27 Ogos lalu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian sebaik Noor Nabila memuat naik sekeping foto dipercayai berada di kompleks mahkamah itu menerusi Instagram miliknya, 29 Ogos lalu.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Berita berkaitan

• Sharnaaz tak mahu cerai Noor Nabila [METROTV]

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...