Sheila Rusly buka restoran francais dim sum dari S'pura

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2019 07:01:09



KONGSI ARTIKEL

KUALA LUMPUR: Biarpun pernah terpalit kontroversi berikutan kegagalan perniagaan restoran nasi dagang, ia tidak melunturkan semangat pelakon dan penerbit, Sheila Rusly, untuk terus mengusahakan perniagaan makanan.

Hujung bulan lalu, Sheila yang turut dikenali sebagai pengacara program masakan membuka sebuah restoran dim sum di Desa Pandan, lapor BH Online

Menurutnya beliau terpanggil mengusahakan restoran francais dari Singapura itu apabila menyedari tidak banyak kedai dim sum halal diusahakan di Kuala Lumpur.

"Jika restoran terbabit mendapat sambutan dalam kalangan peminat dim sum, kami tidak teragak-agak untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, mulai tahun depan.

"Ramai orang Melayu yang mula menggemari makanan berkenaan, tetapi untuk mendapatkan produk betul-betul sedap dan halal memang sukar.

“Jadi, dengan adanya restoran disahkan halal, orang Islam lebih teruja untuk menikmati dim sum yang sedap tanpa ragu-ragu lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk perkakasan dapur dan memasak sebuah jenama terkemuka, di sini, baru-baru ini.

Sheila turut memberi jaminan harga dim sum yang ditawarkan di restorannya amat munasabah, berpatutan dan mampu dibeli, menurut BH Online lagi.

BH Online melaporkan bahawa Sheila melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang untuk menjadi duta produk barangan perkakas dapur berkenaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

- Agensi berita/NA/na

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...