Shila Amzah akui belum bersedia jumpa ibu -“Saya tak mahu stres”

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 03 Apr 2024 03:34:07

Penyanyi popular, Shila Amzah akui belum bersedia jumpa ibunya, Fauziah Sarman dan mendengar nasihat suami untuk lebih fokus terhadap diri sendiri dan kandungan demi menjaga emosi.

Menurut laporan Kosmo, penyanyi yang berusia 34 tahun itu mahu memastikan kesihatan mentalnya sentiasa stabil selepas melihat pengalaman rakan terdekat yang pernah alami masalah akibat stres.

Shila Amzah akui belum bersedia

Shila Amzah akui belum bersedia

Artikel lain: Shila Amzah dikecam tak puasa, dedah ada sebab tersendiri

“Sama sahaja, tiada perubahan, cuma saya mendengar pesanan suami untuk fokus pada diri dan anak dalam kandungan.
“Saya tidak mahu stres kerana mengandung pada usia 30-an memang perlukan ketenangan sebab trauma selepas kandungan kawan terdekat tidak menjadi berikutan tertekan.
“Setiap hari saya fikir jangan pergi dulu walaupun orang kata ini bulan baik untuk perbaiki kekurangan, tetapi hati saya masih belum bersedia berjumpanya.
“Mesej itu memang ada, cuma sangat jarang,” katanya.

Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menegaskan dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada keluarga.

Shila Amzah akui belum bersedia

Shila Amzah akui belum bersedia

“Setiap bulan saya menjalankan tanggungjawab saya, sekadar mengikut kemampuan atas segala yang boleh saya berikan,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Tiada Dirimu itu sentiasa terbuka hati untuk menerima kunjungan ahli keluarga untuk berkumpul beramai-ramai.

Pun begitu, Shila berkata tidak mempunyai perancangan untuk memulakan perkara tersebut dan percaya setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.

alt

“Saya cuma nak fokus terhadap bayi dan keluarga kecil saya. Saya yakin mereka pun hormati keputusan saya. Kita doa yang baik-baik.
“Saya tak boleh cakap dengan lebih lanjut tapi paling pasti setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmahnya,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Shila Amzah terpalit dengan konflik bersama ibu serta dia adiknya, Syada serta Amir Syafiq berkaitan isu penjualan rumah banglo di Hulu Langat.

: Kosmo! Online (Hanisah Selamat)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts