Shila Amzah nafi putus cinta, hanya luah rasa kasih terhadap Ubai

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 26 May 2023 07:00:48

Penyanyi terkenal, Shila Amzah menafikan dakwaan hubungannya dengan pempengaruh media sosial, Ubai sudah berakhir selepas memuat naik hantaran menerusi platform Instagram, baru-baru ini.

Pemilik nama Nurshahila Amir Amzah menjelaskan hantaran tersebut dimuat naik disebabkan situasi dirinya tidak baik, bukannya berpunca daripada kekasihnya.

“Kesimpulannya hubungan kami okey, cuma saya sahaja yang berada dalam keadaan tidak baik.
“Saya juga ingin jelaskan bahawa keadaan kurang baik itu berlaku bukanlah disebabkan Ubai.
“Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus,”jelasnya dalam sesi siaran langsung di Instagram, semalam.

alt

Jelas pemyanyi berusia 32 tahun, tujuannya memuat naik hantaran pada Rabu adalah ingin meluahkan rasa kasih sayang terhadap Ubai selepas lima bulan mereka menyulam cinta.

Dia bagaimanapun pelik bagaimana maksud kapsyen ditulisnya disalah tafsir dan menganggap statusnya memberi bayangan mengenai pengakhiran percintaan mereka.

“Bagi saya, orang sekarang ramai yang tidak sensitif dan semua orang ada jatuh bangun.
“Perkongsian saya semlaam lebih kepada menghargai Ubai tetapi 95 peratus orang tidak memahami mengenai status tersebut.
“Ramai menjangka hubungan kami sudah putus dan memutar belit apa yang saya ingin sampaikan,”jelasnya lagi.

alt

Dalam pada itu, Shila turut menegaskan tiada sebab dia memuat naik gambar bersama Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli sekiranya mereka sudah putus.

Sebelum ini, kecoh di media sosial megenai hubungan Shila dan Ubai yang dikatakan putus selepas lima bulan menjalinkan hubungan percintaan.

alt

: Instagram @shahilaamzah, Kosmo! Online

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts