by Oh! Semput
Shopee sedia menawarkan langganan ShopeeVIP kepada para pengguna, membolehkan pengguna menerima diskaun tambahan ketika berbelanja di platform edagang tersebut. Untuk pasaran Malaysia, ShopeeVIP ditawarkan pada harga RM6.90 sebulan.

Selain diskaun pada platform mereka, ShopeeVIP turut memberikan akses kepada beberapa perkhidmatan lain secara terhad, termasuk ChatGPT, Duolingo dan lain-lain. Di Malaysia, Shopee sedia menyatakan mereka mempunyai lebih 1 juta pelanggan berbayar.
Secara keseluruhan, ShopeeVIP mempunyai 21 juta pelanggan, rentas sejumlah negara perkhidmatan edagang berkenaan beroperasi. Menariknya, mereak turut telah melancarkan langganan ShopeeVIP+ yang menyertakan akses langganan ke Netflix. ShopeeVIP+ ini ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, iaitu di Indonesia, Thailand dan Filipina.