12.12 Shopee Voucher

Buat ‘baby shower’ di Australia, ramai jangka Zahirah-Aiman dapat anak lelaki

by Oh! Semput


HOME Posted on 22 Nov 2020 11:31:28



Umum sedia tahu bahawa pasangan pelakon popular, Zahirah MacWilson, 25 dan suaminya aktor kacak, Aiman Hakim Ridza, 31 sudah berada di Perth, Australia bayi menyambut kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi.

Semalam, pasangan tersebut telah memuat naik gambar-gambar mereka mengadakan baby shower di kediaman ibu Zahirah. Majlis yang disambut meriah oleh kenalan rapat dan juga sanak-saudara itu terlihat sangat cantik dengan dekorasi indah.

Zahirah dan Aiman juga tidak lokek berkongsi susasana baby shower tersebut di media sosial masing-masing buat tatapan rakan-rakan dan juga para peminat mereka di Malaysia.

Namun begitu, menerusi salah satu posting yang dilakukan oleh Zahirah, dia telah memberikan teka-teki sama ada bayi sulung mereka lelaki ataupun perempuan.

Walaupun tiada sebarang pengesahan dibuat, ramai yang beranggapan bahawa Zahirah akan melahirkan anak lelaki dan rata-rata warganet teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarga pasangan yang sangat sweet ini.

Aiman Hakim dan Zahirah telah selamat bernikah pada awal tahun ini iaitu 20 Februari 2020 di Malaysia.

Tiga bulan sebelum Zahirah bersalin, dia dan suami telah pulang ke Australia iaitu kediaman ibu kepada aktres tersebut bagi melahirkan anak sulungnya disana.

: Aiman Hakim, Zahirah MacWilson

's

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News