Liow: MCA Siap Siaga Untuk Tawan Bentong

by Oh! Semput


HOME Posted on 22 Apr 2018 16:00:37



BENTONG- Tidak kira sama ada ianya bakal jadi ‘pertempuran’ segenap penjuru mahupun pertarungan langsung antara dua calon, MCA bersedia menghadapi cabaran di sini, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ahli Parlimen Bentong tersebut, yang akan mempertahankan kerusi parlimennya, mengulas mengenai pertandingan pelbagai sudut selepas Wong Tack dan penyokong kelab DAP, N. Balasubramaniam diumumkan sebagai calon.

“Paling penting, rakyat mesti memilih wakil yang akan berkhidmat kepada rakyat.

“Ahli Parlimen ini mesti dapat memimpin dan menggunakan sumber kerajaan untuk membangunkan Bentong,” katanya.

Liow, yang juga Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, bercakap kepada wartawan pada pelancaran Galeri Karak di sini, Ahad (22 April).

Galeri yang menggunakan ruang kosong di atas pasar basah di pusat bandar Karak, bertujuan untuk dijadikan pusat kesenian dan warisan bagi pelancong dan penduduk tempatan.-MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News