“Siapa Hidup Dengan Suami NPD, Dia Akan Tahu” – Siti Jamumall Tekad Mulakan Hidup Baru

by Oh! Semput


9
SHARES
113
VIEWS
Posted on 24 May 2025 13:30:56

Usahawan kontroversi, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Suriani Wahiddin, 26, meluahkan perasaannya selepas lapan hari berdepan kecaman berkaitan isu rumah tangganya.

Menerusi satu video di TikTok, Siti mendedahkan keperitan yang dialaminya dalam rumah tangga, sambil menegaskan hanya dirinya tahu apa yang sebenar berlaku.

Advertisement

Cukup-cukuplah 8 hari aku bersedih, kena maki, macam-macam korang cakap pasal aku. Aku seorang je tahu apa yang terjadi dalam rumah.

Isteri kepada pempengaruh Aiman Tak Kesah itu turut mendakwa hidupnya menderita bersama individu yang manipulatif.

Aku dah penat hidup dengan orang yang manipulatif. Siapa hidup dengan suami NPD (Narcissistic Personality Disorder), dia akan tahu.

Siti menyatakan tekad untuk berubah dan memberi fokus sepenuhnya kepada diri serta anak-anak, sambil menegaskan tiada siapa yang menyara mereka ketika ini.

Sekarang ni aku kena fokus, tak ada sesiapa pun nak nafkahkan anak-anak dan diri aku. Cakap je boleh, tapi tindakan tak ada. Jadi lebih baik aku fokuskan dekat diri aku.

Mulai hari ini, aku akan kuatkan hati aku. Korang akan nampak ‘the new me, the new reborn Siti Jamumall’. Aku yang lama dah ‘mati’. Aku nak tutup semua yang berlaku, aku tak nak ingat dah.

Aku akan bangkit semula dan aku yakin ini adalah permulaan yang Allah nak bagi lebih untuk aku.

Dalam video sama, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sokongan dan nasihat sepanjang tempoh sukar yang dilaluinya.

Luahannya mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar dia terus kuat mengharungi cabaran hidup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

 

fara
1 day ago

Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Bertanggungjawab Terhadap Siti Jamumall - "Ada Spesis B*bi Tahu Main Lepas Sp*rm, Pasal Anak Tak Amik Tau"

“Siapa Hidup Dengan Suami NPD, Dia Akan Tahu” – Siti Jamumall Tekad Mulakan Hidup Baru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts