Tak tahu siapa jaga siapa, satu keluarga diserang Influenza A

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Jan 2020 12:04:29



Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai kebimbangan orang ramai terhadap penularan wabak Influenza A yang kini semakin merebak di Malaysia.

Tidak terkecuali dengan sebuah keluarga yang turut terkena wabak mudah dijangkiti ini sehingga seluruh ahli keluarganya disahkan positif Influenza A.

Mohon setinggi2 doa dr kalian.. seluruh ahli kluargaku positif influenza A.. semoga diberi kesembuhan.. x sempat lg nk…

Posted by Deq Nor on Monday, January 13, 2020

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Deq Nor, ketiga-tiga anaknya termasuk si kecil yang berusia 11 bulan telah dijangkiti virus tersebut.

“Mohon setinggi-tinggi doa dari kalian. Seluruh ahli keluargaku positif Influenza A. Semoga diberi kesembuhan.

“Tak sempat lagi nak maklumkan pada sekolah sebab diorang tak dapat hadir,” katanya.

Oleh itu, dia mengambil kesempatan untuk memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan buat mereka sekeluarga supaya dapat sembuh seperti sediakala.

Tambah Deq Nor, dia masih belum memaklumkan kejadian yang menimpa keluarganya itu kepada pihak sekolah kerana anak-anaknya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas akibat daripada penyakit tersebut.

Posting berkenaan mendapat perhatian warganet yang kebanyakannya memberikan kata-kata semangat disamping mendoakan kesejahteraan buat keluarga itu.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

Ya Allah! Satu keluarga kena virus ni. Kesiannya diorang tambah-tambah bayi tu. Semoga wabak Influenza A hilang dengan segera dan satu keluarga ni sihat semula seperti biasa. Aamiin!

: Facebook

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...