Sijil Halal QL Foods Ditarik Balik?

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 18 Jan 2019 14:04:06

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya sijil halal sebuah Syarikat pengeluar Fishball di Hutan Melintang ditarik balik.

alt
gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Halal Negeri Perak dalam satu kenyataan:

Berikutan tular di media sosial, isu berkaitan penarikan sijil halal sebuah Syarikat pengeluar Fishball di Hutan Melintang, yg diputuskan oleh panel Pengesahan Halal Negeri Perak pada 27 Dis 2018 yang lalu, terdapat pihak tertentu yang telah tersalah nyatakan produk-produk yang tidak berkaitan, sehingga ianya telah menjejaskan reputasi sebuah syarikat lain yang juga terletak di Hutan Melintang.

Adalah disahkan bahawa Syarikat QL FOOD, pengeluar produk jenama mushroom masih lagi mempunyai Sijil Halal yang sah. Produknya juga tidak terbabit dgn isu penarikan sijil halal yg ditularkan.

Sehubungan dengan itu, dinasihatkan semua pihak supaya meneliti fakta yang berkaitan terlebih dulu, supaya tidak mengelirukan orang lain, ianya akan menjadi suatu fitnah kepada pihak yang tidak berkenaan.

Pengguna juga disarankan menyemak kesahihan sijil halal sesuatu produk secara online di dalam Direktori Halal;  http://www.halal.gov.my/ehalal/directory

SUMBER:

Facebook Rasmi Halal Negeri Perak

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts