Setiap manusia pasti ingin berjaya tidak kira dalam melakukan sesuatu perkara sama ada di dalam pelajaran, kerjaya, impian dan hubungan dengan tuhan.
Untuk menjadi orang yang berjaya, kamu harus merendah diri untuk menimba ilmu tidak kira di mana kamu berada. Kali ini Azizan Osman yang merupakan pakar motivasi tidak kira dalam kewangan, perniagaan dan pelaburan telah berkongsi serba sedikit sikap orang berjaya. Jom kita ikuti!
1. BersyukurOrang yang berjaya setiap perkara yang diusahakan mencapai sasaran atau tidak, mereka tetap bersyukur.
2. Membina KeyakikanOrang yang berjaya akan membina keyakinan mereka mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya.
3. Tidak Membanding-Bandingkan Diri SendiriOrang berjaya akan menerima kekurangan diri sendiri sebaiknya dan cuba memperbaikinya.
4. Suka Membantu Orang LainSentiasa mencari jalan menggunakan kelebihan yang ada untuk menabah nilai hidup orang lain.
5. Memupuk Perhubungan SosialMudah untuk membina perhubungan positif terutama di dalam persekitaran yang baik dan positif.
6. Mempunyai Strategi SendiriTidak mengambil pendekatan hentam sahaja dalam melakukan sesuatu terutama perkara-perkara besar.
7. MemaafkanTidak menyimpan dendan dan menjadian ia sebagai satu motivasi positif untuk membuktikan mereka sebenarnya lebih baik.
8. Menambah PengalamanSetiap perkara baru yang dilakukan pasti ada halangan dan setiap kali mengatasinya mereka mencipta kejayaan baru.
9. Menikmati KehidupanOrang yang berjaya selalu mengelilingi diri mereka dengan perkara-perkara yang membawa kegembiraan kepada mereka.
10. Komitmen Yang Tinggi Untuk Mencapai ImpianMereka akan memastikan mereka mencapai apa yang mereka mahukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
11. Menjaga KesihatanIni adalah penting! Kesihatan yang baik juga sebenarnya suatu kejayaan.
12. Menjaga Perhubungan Dengan Allah SWTOrang yang berjaya bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi turut mengejar kekayaan di akhirat.