Simpan Mayat Anak Seminggu Dalam Rumah, Si Ibu Dakwa Tak Sanggup ‘Berpisah’

by Oh! Semput


1
SHARES
14
VIEWS
Posted on 24 Jun 2022 14:31:41

Seorang wanita warga emas di Singapura dilaporkan telah menyimpan jasad anak lelakinya yang berusia 54 tahun selama lebih seminggu di dalam rumah mereka hanya kerana enggan berpisah.

Lapor Mothership, jiran kepada wanita itu mendakwa sudah lama tidak melihat kelibat anak lelakinya yang selalu menjemur pakaian atau menyiram pokok bunga pada setiap pagi.

Advertisement

Namun begitu, kewujudan bau busuk dan tengik telah menyebabkan jiran berdekatan bertindak untuk menghubungi polis kerana bimbang sesuatu yang buruk telah berlaku kepada penghuni rumah tersebut.

Kedatangan polis ke premis itu telah menemukan mereka dengan jasad seorang lelaki yang sudah mereput, terduduk di ruang tamu malah dihurung lalat.

mother hides his son : Mothership.sg  

Dakwa jiran, ketika pengusungan mayat oleh pihak polis, ibu mangsa dilihat menangis kerana berat hati melihat anak kesayangannya itu dibawa pergi.

Setelah mayat itu dibawa, kelihatan wanita itu mula membersihkan kawasan rumahnya dan turut dibantu jiran tetangga.

Dilaporkan pihak polis Singapura masih menyiasat punca di sebalik insiden tersebut.

che puan khaleeda baby syifaa
24 jam lalu

"Tak Masuk Akal.." - Che Puan Khaleeda Minta Kematian Baby Syifaa Disiasat Semula

Simpan Mayat Anak Seminggu Dalam Rumah, Si Ibu Dakwa Tak Sanggup ‘Berpisah’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts