Singapore Airlines Guna Starlink Untuk Wi-Fi Dalam Pesawat Bermula 2027

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 05 May 2026 04:00:17

Singapore Airlines bakal menaik taraf pengalaman Wi-Fi dalam pesawatnya dengan menggunakan teknologi Starlink milik SpaceX.

Pelaksanaan secara berperingkat akan bermula suku pertama 2027 dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir 2029, melibatkan pesawat Airbus A350-900 Long‑Haul (LH), A350-900 Ultra‑Long‑Range (ULR) serta A380.

Starlink beroperasi melalui rangkaian lebih 10,000 satelit di orbit rendah Bumi, dengan setiap antena Terminal Aero mampu menyokong kelajuan sehingga 1 Gbps. Ini bermakna penumpang di semua kelas kabin boleh menstrim video, bermain permainan dalam talian, berkongsi kandungan di media sosial, atau menghantar fail besar tanpa masalah gangguan sepanjang penerbangan.

Pada masa sama, Singapore Airlines mengekalkan penawaran Wi-Fi percuma tanpa had kepada penumpang. Ia merangkumi penumpang di kelas Suites, pertama, perniagaan, ahli PPS Club serta ahli KrisFlyer yang terbang dalam kelas Premium Economy dan Economy.

We’re enhancing our complimentary in flight Wi-Fi offering across all cabin classes on our Airbus A350-900 long-haul and ultra-long-range fleet and A380 aircraft from 2027.@Starlink, the fastest Wi-Fi in the sky, will provide multi-gigabit connectivity on board. Soon, you can… pic.twitter.com/e2VQDBhCCV

— Singapore Airlines (@SingaporeAir) May 4, 2026

Langkah ini dilihat sebagai usaha berterusan syarikat penerbangan tersebut untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, memandangkan akses sambungan Internet kini menjadi keperluan penting walaupun ketika berada di udara.

{suggest}

Singapore Airlines Guna Starlink Untuk Wi-Fi Dalam Pesawat Bermula 2027 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts