Singkatan ejaan tidak martabatkan bahasa Melayu - DBP

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 22 Mar 2019 23:03:43

22 Mac 2019 8:55 PM

IPOH - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganggap penggunaan singkatan ejaan pada kain rentang dan gegantung sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak 2019 sebagai tidak memartabatkan bahasa Melayu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata dari segi bahasa Melayu, ia merupakan satu kesalahan ejaan, sambil beliau menyatakan keyakinan bahawa dengan penggunaan ejaan yang betul, hasrat sambutan itu mungkin lebih difahami khalayak ramai.

"Saya faham, ini untuk tujuan gimik dan menarik perhatian, tetapi tidak kena pada tempatnya. Kita sudah ada sistem ejaan yang mantap, dan fungsi bahasa Melayu itu sendiri adalah untuk berkomunikasi.

"Dari satu segi, strategi ini mungkin salah. Daripada meminta orang berjimat air, isu lain yang timbul. Isu hendak dikemukakan kepada masyarakat tidak sampai," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun berkata DBP menghargai dan memuji usaha kerajaan negeri kerana memilih bahasa Melayu tetapi berharap ia tidak berulang kerana dari segi keindahan bahasa ibunda itu telah hilang.

Penggunaan singkatan ejaan pada kain rentang dan gegantung tertera perkataan 'PNGUNA BJAK SNTIASA BRJMAT' (pengguna bijak sentiasa berjimat) digantung di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, dikritik netizen yang menyifatkannya sebagai ejaan untuk komunikasi menerusi aplikasi WhatsApp atau WeChat sahaja. - Bernama

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts