Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah (Slot Akasia TV3)

by Oh! Semput


10
SHARES
133
VIEWS
Posted on 03 May 2024 16:31:31

Kredit foto: Instagram Tonton MY

Diilhamkan daripada novel karya Lyna Masud, TV3 mempersembahkan siri terbaru bertajuk 'Aku Bukan Ustazah', sebuah drama yang bakal menghidupkan slot Akasia.

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Dalam siri ini, MK K-Clique dan aktres baharu, Erysha Emyra, beraksi bersama sebagai pasangan.

Ia mengangkat kisah perjalanan seorang gadis berniqab yang menemukan cinta sejati dan menghadapi konflik hubungan serta ujian agama, dalam usahanya membimbing rakan-rakannya keluar dari kegelapan, sementara seorang pemilik kelab malam berjuang untuk menemukan erti sebenar dalam pencarian akan cinta Ilahi.

Sinopsis

Walaupun jiwa mereka berlainan, mereka dihubungkan oleh takdir untuk mencari makna kehidupan...

'Aku Bukan Ustazah' mengisahkan tentang Aminah, seorang gadis yang bercita-cita tinggi dan mengenakan niqab, dibesarkan di Madrasah di Johor. Hidupnya berubah selepas membantu Adam yang diserang dan mereka hampir ditangkap kerana dituduh berkhalwat. Trauma dengan peristiwa itu, Aminah memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya. Sementara itu, Adam cuba melupakan insiden itu dengan sibuk bersama pekerjaannya. Aminah mula mengenali Sally, Zaza dan Sam, sebelum berubah demi menjaga hati kawan-kawan barunya ini.

Hubungan persahabatan Aminah dengan rakan-rakan yang mempunyai pandangan hidup berbeza membawa konflik. Dia mencipta imej baru sebagai 'Miya' manakala 'Aminah' ditinggalkan semakin jauh. Manakala Adam dan Omar berusaha mendapatkan cinta Aminah. Adam merupakan pemilik kelab malam yang hidupnya penuh dengan cela, sementara Omar seorang doktor perubatan yang berpegang teguh pada agamanya dan lulusan universiti Mesir.

Antara keduanya, hanya Adam yang dekat dengan Aminah, walaupun Aminah sering menidakkan perasaannya. Namun, takdir telah menemukan mereka dan terlalu banyak kisah yang berlaku selepas itu hingga Aminah dibuang oleh keluarga sendiri.

Konflik muncul apabila Aminah cuba membawa rakan-rakannya mendekati Tuhan, tetapi dianggap sebagai penunggang agama. Dalam perjalanan ini, mereka semua diuji oleh Allah dan persoalan timbul adakah Aminah mampu bertahan, dapatkah dia membantu rakan-rakannya keluar dari kegelapan dan mampukah Adam mencintai Aminah, walaupun Adam sendiri menjauh dari agama.

Siri terbaru, "Aku Bukan Ustazah", adaptasi dari karya novel Lyna Masud, akan mengambil alih tempat "Wanita Syurga" di slot Akasia. Kredit foto: Instagram Fikhree Bakar

Pelakon / Cast

'Aku Bukan Ustazah' di slot Akasia menghadirkan gandingan Erysha Emyra bersama aktor hangat, MK K-Clique dan Zahiril Adzim.

Kredit foto: Palyshamzah

Juga disulam dengan lakonan daripada pelakon-pelakon terkenal dalam industri drama Malaysia seperti Shaza Bae, Fikhree Bakar, Qistina Khaled, Husna Mustaffa, Raden Zaharatul, Ahmad Syafiq, Haneesya Hanee, Azhar Sulaiman, Razak Ahmad, Fadilah Mansor, Mas Anizan, Syad Mutalib dan Danial Dashuki.

Watak Pelakon

Erysha Emyra sebagai Aminah

MK K-Clique sebagai Adam

Zahiril Adzim sebagai Omar

Raden Zaharatul sebagai Sally

Shaza Bae sebagai Sam

Fikhree Bakar sebagai Aslam

Qistina Khaled sebagai Zaza

Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad

Fadilah Mansor sebagai Ustazah

Ahmad Syafiq sebagai Azhar

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dibangunkan oleh Global Station Sdn Bhd dengan penghasilan naskhah yang diketuai oleh pengarah drama ternama, Idora Abdul Rahman.

Nukilah skrip oleh penulis Ayuni Zamani.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Hening Rindu

Tajuk: Hening Rindu

Penyanyi: Marsha Milan Londoh

Komposer: Ikhwan Fatanna, Wan Salleh

Penulis lirik: Ikhwan Fatanna

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Dalam 28 episod yang akan datang, drama ini akan mengisi ruang slot Akasia TV3 mulai 3 Mei 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam.

Kredit foto: Instagram Fikhree Bakar

Anda turut berpeluang menonton siri ini di Tonton, platform penstriman video tempatan di bawah Media Prima.

Episod terkini boleh disaksikan 24 jam lebih awal di Tonton.

Tajuk cerita? Aku Bukan Ustazah

Berapa episod? 28 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 7 petang

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts