Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ku Akad Kau Dengan Bismillah (Slot Akasia TV3)

by Oh! Semput


9
SHARES
113
VIEWS
Posted on 06 Feb 2023 10:00:43

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ku Akad Kau Dengan Bismillah (Slot Akasia TV3)


Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  
Susulan daripada drama Kerana Cinta Itu Ada yang melabuh tirainya semalam, sebuah lagi siri bakal menghiasi slot Akasia berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah, adaptasi daripada novel karya Wawa Akil.
  
Drama berantai terbaru ini menampilkan gandingan pelakon terkenal seperti Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah, Jasmine Suraya, Halim Radzi, Shah Iskandar, Zaki Azeman, Didi Astillah dan ramai lagi.
  

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Sinopsis

Maruah Raisya Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim (Sophia AlBarakbah) tergadai dalam semalaman kepada seorang lelaki asing yang tidak dikenali, Luth Mikail (Aliff Aziz).
  
Dek kerana fitnah manusia, kejahatan hasad dengki, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan segala yang dicintai di bumi bertuah.
  
Lima tahun kemudian, Luth Mikail masih menjejaki seorang wanita yang pernah ditangkap ketika bersamanya.
  
Dengan rasa kesal yang mendalam, Luth Mikail menyedari angkara dirinya, gadis yang tidak bersalah itu menjadi mangsa.
  
Kehadiran semula Luth Mikail dalam hidup Raisya Hannah menghidupkan kembali kisah silam yang kelam. Pinangan Luth Mikail disambut untuk tujuan balas dendam semata-mata.
  
Namun, Raisya Hannah diterima baik oleh keluarga Luth Mikail walaupun kemesraannya dengan Luth Mikail hanyalah berpura-pura di hadapan keluarga.
  
Bagaimanakah kisah cinta mereka berakhir? Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian isterinya dan mampukah Hannah terus membenci suaminya sendiri.
  
Segalanya akan terjawab dalam siri drama terbaru, Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3.
     

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pelakon / Cast

Ku Akad Kau Dengan Bismillah menampilkan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah sebagai tonggak utama dan diperkuatkan lagi dengan barisan pelakon terkenal seperti Halim Radzi, Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Jasper Supayah, Jasmin Hamid, Didi Astillah, Kuna Muzani, Raja Nor Baizura, Ayu Ayuni, Hilal Azman, Zack Zabhas, Shahidan Izwan, chumi Sandraj, Syrul Ezwan, Ammar Bahri, Een Efendi, Suraya Ghani, Adwafri Shah, Addin Baharudin, Naim Shamshol dan Saiful Ghaz.
  

Watak Pelakon

Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah
Halim Radzi sebagai Haikal
Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
Jasmine Suraya sebagai Maira
Didi Astillah sebagai Aqilah
Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
Jasper Supayah sebagai Najia
Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
Kuna Muzani sebagai Umi
Hilal Azman sebagai Zahid
Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar
Raja Nor Baizura sebagai Datin Rozita
Shahidan Izwan sebagai Aidil
chumi Sandraj sebagai Reena
Ammar Bahri sebagai Manan
Ayu Ayuni sebagai Alia
Een Efendi sebagai Maksu
Syrul Ezwan sebagai Raziq
Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
Saiful Ghaz sebagai Bazli
Adwafri Shah sebagai Kamarul
Addin Baharudin sebagai Firdaus
Naim Shamshol sebagai Fahmi
  

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama adaptasi novel ini diarahkan oleh saudara Osman Ali dan Yus Yusop di bawah syarikat Nuansa Sdn Bhd dan skripnya ditulis oleh Mimie Zakaria dan Farah Izzati.
   

Lagu Tema (OST)

(Akan dikemaskini)
  
Episod 1 Ku Akad Kau Dengan Bismillah menemui penonton pada 6 Februari 2023. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
   

Waktu Siaran

Siri 28 episod 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang mulai 6 Februari 2023 di slot Akasia menerusi saluran TV3.
  
Drama bersiri ini juga boleh distrim melalui dalam talian (online) di portal video Tonton.
  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts