
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Nabil Aqil dan Sharifah Rose membintangi Ku Punya Hati dalam siri drama baharu (bukan adaptasi novel) oleh TV3. Tonton slot Akasia terbaru ini bersiaran menggantikan Risik Pada Hati mulai 4 Ogos 2022.

Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Sinopsis
Kehidupan Rashidah (Sharifah Rose) yang kelihatan luarannya glamor hakikatnya hanya menyeksakan dari hari ke hari.
Hati Rashidah terluka dek cinta yang dirahsiakan. Dia dilayan tak ubah bak orang asing. Mampukah cinta yang terjalin terus bertahan apabila ia disulitkan?

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose Sabrina
Pelakon / Cast
Ku Punya Hati memperlihatkan bakat terkenal baharu tempatan menerajuinya iaitu gandingan pelakon Nabil Aqil dan Sharifah Rose.
Barisan pelakon handalan lain terdiri daripada bintang popular termasuklah Alya Iman, Hafidz Roshdi, Ahmad Ezzrin Loy, Luqman Hafidz, Cahaya Nilam, Sefik Khair, Azri Iskandar, Zila Bakarin, Salina Saibi, Silfeny Osman, Sera Melissa, Amy Nur Tinie, Ieda Moin, Ainin Batrisya dan Nina Nadira.
Watak Pelakon
Nabil Aqil sebagai Noah
Sharifah Rose sebagai Rashidah
Alya Iman sebagai Trisya
Luqman Hafidz sebagai Rezza
Cahaya Nilam sebagai Jess
Azri Iskandar sebagai Tuan Minhad
Zila Bakarin sebagai Puan Faridah
Sera Melissa sebagai Sofea
Syefikk sebagai Ucop
Silfeny Osman sebagai Mia
Salina Saibi sebagai Intan
Ainin Batrisya sebagai Airis

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose Sabrina
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Siri ini diarah oleh Azmi Hatta, ditulis oleh Puovin dan Tommy Loh, serta diterbit oleh syarikat produksi Sha's Media Sdn Bhd.
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tak Punya Hati
Penyanyi: Ika Mustafa
Komposer: Shazee Ishak, Audi Mok
Penulis lirik: Shazee Ishak, Audi Mok

Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Waktu Siaran
Ku Punya Hati akan mula disiarkan pada 4 Ogos 2022, dengan 28 episod ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang di slot Akasia, saluran TV3. Ia juga ditawarkan di platform online pada perkhidmatan penstriman video, Disney+ Hotstar.