Info Dan Sinopsis Mat Kilau, Filem Epik Sejarah 2022

by Oh! Semput


1
SHARES
17
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 18:01:42

Info Dan Sinopsis Mat Kilau, Filem Epik Sejarah 2022


Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

  
Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan merupakan sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 yang diarahkan oleh pengarah prolifik, Syamsul Yusof.
  
Filem ini diinspirasikan daripada kisah sejarah perjuangan pahlawan pejuang Melayu, Mat Kilau Imam Rasu atau dikenali dengan nama Mat Kilau, yang diubah berdasarkan kesesuaian dengan menggunakan elemen fiksyen dan konflik tambahan.
  
Dilakonkan oleh aktor Datuk Adi Putra yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak utama, ia mengambil latar belakang sekitar tahun 1892 dan mengangkat kisah perjuangan Mat Kilau bersama ayahnya, Tok Gajah dalam menentang pentadbiran British di Pahang.
  
Ianya turut dilakonkan oleh barisan bintang seperti Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Wan Hanafi Su, Khir Rahman dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian.
  
Menggunakan bajet sebanyak RM8 juta, Mat Kilau melalui proses penggambaran selama 100 hari yang mana sebahagiannya dilakukan di negeri Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.
  
Filem ini bakal dipertontonkan kepada khalayak di sebanyak 90 buah pawagam seluruh negara bermula 23 Jun 2022.
  

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

  

Sinopsis

Plot penceritaan menggunakan latar belakang tahun 1892 ketika penguasaan pihak kolonial British di tanah-tanah Pahang. British mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan bertindak campur tangan dalam urusan adat dan agama mereka.
  
Atas semangat untuk mempertahankan tanah Melayu dan bebas dari terus dijajah, Mat Kilau, seorang pahlawan Melayu bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, berjuang menentang pentadbiran British.
  
Konflik dan tekanan dihadapi oleh pihak British berikutan rancangan penentangan Mat Kilau dan Tok Gajah yang bijaksana bertukar menjadi pertempuran yang sengit.
  

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

  

Pelakon / Cast

Mat Kilau menyaksikan penglibatan pelakon berbakat tanah air membawakan watak penting iaitu Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’ari, dengan turut didukung oleh pelakon-pelakon ternama yang lain seperti Wan Hanafi Su, Ellie Suriaty Omar, Khir Rahman, Namron, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Shaharuddin Thamby, Farah Ahmad, Geoff Andre Feyaerts, Ali Karimie, Zarina Zainoordin, Harith Haziq, A Galak dan Farid Amirul.
  

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

  

Watak Pelakon

Dato Ady Putra sebagai Mat Kilau
Beto Kusyairy sebagai Wahid
Fattah Amin sebagai Awang
Johan As’ari sebagai Yassin
Nam Ron sebagai Haji Sulong
Khir Rahman sebagai Usup
Ellie Suriaty Omar sebagai Ibu Yassin
Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah (Bapa Mat Kilau)
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Haji Muhammad
Datuk Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh
Yayan Ruhian sebagai Toga
Ali Karimie sebagai Brahim
Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman
A. Galak sebagai Pak Deris
Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers
Farah Ahmad sebagai Yang Chik
Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
Harith Haziq sebagai Omar
  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Tenaga tunjang dalam penghasilan filem ini dibarisi oleh Syamsul Yusof selaku pengarah dan lakon layar, Sharuddin Dali selaku penulis skrip asal, Mukhsalmina Ismail sebagai pengarah seni, dan Rahimi Maidin Azami Alias sebagai Pengarah Fotografi.
  
Sebuah produksi Studio Kembara yang diterbitkan dengan kerjasama Skop Productions.
  

Kredit foto: Instagram Filem Mat Kilau

  

Tarikh Tayangan

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia bermula 23 Jun 2022.
  
Durasi: 1 jam 57 minit
      Kredit video: Di Sebalik Tabir & Trailer Movie Mat Kilau: Episod Kedua - Tayangan / Release Date 23 Jun 2022  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts