save 2.0

Situasi Harian Yang Jadi Punca Pasangan Curang, Ini Yang Anda Perlu Ambil Berat

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 Feb 2021 22:01:29



Pasangan suami isteri mana yang mahu kes curang dalam perkahwinan terjadi pada mereka. Tapi apabila kecurangan terjadi, pasti ramai tertanya-tanya, punca suami curang, ataupun tertanya kenapa isteri curang?

Sayangnya, menurut pakar hubungan, terdapat beberapa situasi harian yang boleh menyebabkan pasangan curang dalam perkahwinan. Menurut Dr. Marriane Dainton, pakar hubungan di La Salle University, 

“Ada banyak situasi yang boleh menyebabkan terjadinya kes curang. Selalunya, ia disebabkan pasangan menghabiskan masa dengan orang lain yang bukan suami atau isterinya. 

Lebih banyak peluang situasi ini terjadi, lebih besar kemungkinan curang terjadi.”

Oleh sebab kecurangan tidak akan terjadi secara spontan, maka anda wajar untuk tahu 7 situasi harian yang boleh menyebabkan pasangan berpotensi curang ini.

Sama-samalah kita menjaga rumah tangga kita!

7 Punca Suami Curang – Situasi Harian Ini Menggalakkan Pasangan Curang

#1 Punca suami curang: Berada di luar rutin normal

punca suami curang

Kredit: Freepik

Salah satu sebab kenapa ramai pasangan yang selalu out-station lebih cepat curang adalah kerana situasi itu “membuka peluang” kepada mereka untuk keluar dari kepompong asal dan mencuba perkara baru.

Contohnya seperti ke mesyuarat atau bekerja di luar kawasan. Meskipun ia tak selalunya terjadi, tapi pasangan akan lebih terbuka untuk membuat keputusan yang salah.

Baca juga: Sanggup Ikut Cara Keluarga Suami Sepanjang Masa, Ini Pengorbanan Isteri Yang Ramai Suami Tak Ambil Tahu

#2 Punca suami curang: Pengambilan ubat, dadah atau alkohol

punca suami curang

Kredit: Unsplash

Terdapat pelbagai alasan mengapa individu di bawah pengaruh ubat-ubatan, dadah mahupun alkohol lebih cenderung untuk curang. 

Salah satunya adalah sama seperti alasan #1, di mana mereka lebih terbuka untuk membuat keputusan yang salah dan tidak memikirkan kesannya pada pasangan.

#3 Punca suami curang: Bermain media sosial setiap malam

punca suami curang

Kredit: Pexels

Menurut Laurie Berzack, pakar hubungan dari Amerika Syarikat, media sosial adalah tempat pertama yang boleh menimbulkan niat pasangan untuk curang.

Ia kerana amat mudah untuk menghantar mesej kepada sesiapa saja menerusi media sosial. Malah, mungkin tanpa disedari, sesiapa pun boleh saling berkiriman mesej diam-diam!

Selain itu, Marlena Cole, pakar hubungan profesional juga mengatakan, pasangan yang menghabiskan berjam-jam untuk main telefon/media sosial sedang membuang masanya. 

Lama-lama, anda dan pasangan akan rasa semakin jauh!

#4 Berpeluang untuk bercakap dengan orang yang disukai

punca suami curang

Kredit: Freepik

Sudah berkahwin dan memiliki pasangan tidak bermaksud anda tidak boleh tertarik pada orang lain.

Perbuatan “mencuci mata” setiap hari juga bahaya, kerana anda akan terdorong untuk melakukan keputusan terburu-buru.

Lebih-lebih lagi jika anda atau pasangan terpaksa bekerja dalam satu pasukan dengan sesiapa yang disukai. 

#5 Kenapa suami curang? Mungkin kerana dia selalu terlambat!

Situasi Harian Yang Jadi Punca Pasangan Curang, Ini Yang Anda Perlu Ambil Berat

Kredit: Unsplash

Menurut pakar psikoterapi dan pakar hubungan, Dr Laura Dabney, pasangan yang selalu terlambat akan membuatkan pasangannya terfikir dia tidak boleh dipercayai.

Akibatnya, dia merasakan dia dalam hubungan yang salah, lalu dia berlaku curang!

#6 Tidak mementingkan hubungan seks

kenapa suami curang, kenapa perempuan curang, kenapa selalu mimpi suami curang, kenapa pasangan curang, kenapa isteri berlaku curang, kenapa lelaki berkahwin curang, kenapa curang, kenapa suami curang ketika isteri mengandung, kenapa perlu curang, curang, suami curang, isteri curang, tanda suami curang, tanda lelaki curang, hukum isteri curang, cara mengajar suami curang, hukum suami curang, pasangan curang, pasangan yang curang, pasangan curang di malaysia, tanda pasangan curang, kenapa pasangan curang, curang dalam islam, curang dengan pasangan, kenapa lelaki menipu, kenapa perempuan cari lelaki lain

Satu lagi sebab kenapa suami curang, ataupun isteri curang, adalah kerana ketiadaan keintiman fizikal malah emosi. 

Hubungan seks adalah salah satu cara untuk menunjukkan yang anda menyayangi dan mengingini pasangan.

Tapi jika salah seorang dari kalian tidak mementingkan hubungan seks, ia akan menyebabkan pasangan rasa mereka tidak dihargai, lalu berlakunya kes curang!

#7 Terlalu penat untuk bercakap

Situasi Harian Yang Jadi Punca Pasangan Curang, Ini Yang Anda Perlu Ambil Berat

Kredit: Freepik

“Setiap manusia inginkan hubungan fizikal, malah emosi yang stabil dengan pasangan,” kata ahli terapi perkahwinan dan keluarga, Sabrina Bowen.

Sebab itu, salah satu punca kenapa suami curang adalah kerana isteri tidak lagi bersembang atau bercakap dengan suaminya.

“Semua orang penat dan sibuk. Tapi, luangkan sedikit masa (mungkin sebelum tidur) untuk bersembang dengan pasangan.

Jika anda menghargai hubungan yang dibina itu, pastinya anda boleh meluangkan sedikit masa untuk bersembang dan mendengar kata-kata pasangan.”

Penting untuk diingatkan, kes curang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Akan tetapi, hal-hal kecil yang kita selalu buat ini juga boleh menyebabkan kecurangan. 

Jika anda dan pasangan saling membantu, malah berhubungan, tak perlulah anda risau tentang kes curang ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Risaunya Sejak Hamil Kerap Mimpi Pasangan Curang, Adakah Ia Petanda Tidak Baik?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News