Situasi Di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Terkawal

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 07:00:41

MUAR – Situasi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, yang menempatkan kesemua mangsa nahas bas di Pagoh, buat masa ini berada dalam keadaan terkawal.

Jurucakap hospital berkata, dua daripada 16 yang cedera dibenarkan pulang pada 10 pagi tadi setelah mendapatkan rawatan akibat cedera ringan.

“Sementara itu, mereka yang cedera parah masih mendapatkan rawatan di wad kecemasan.

“Kami masih menguruskan tempat yang sesuai bagi keluarga mangsa berkumpul,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati setakat 10 pagi ini, belum kelihatan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas itu berkumpul di kawasan bilik mayat hospital itu.

Dalam kemalangan pada kira-kira 3.30 pagi tadi, 14 orang maut manakala 16 lagi cedera apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di Km137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh.

Daripada 16 yang cedera, enam adalah warganegara Singapura dan dua warganegara Myanmar. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts