5 Situasi Lucu Jika Media Sosial di Terjemah Ke Dunia Nyata

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 06 Feb 2023 10:00:42

Budaya berkongsi atau sharing yang menjadi etos di kalangan netizen, merupakan budaya digital yang sudah menjadi satu kelaziman. 

Perkongsian yang dibuat dalam bermacam format, bernada positif atau negatif oleh orang tidak kita kenali, adalah sesuatu yang tidak boleh kita lari semasa melayari internet.

Walaupun demikian bukan semua perbuatan di media sosial dan internet sesuai untuk diterjemahkan ke dalam dunia nyata.

Berikut adalah lima perbuatan biasa bagi netizen yang akan kelihatan sangat janggal, seandainya ada yang melakukannya di depan kita.

1. Tunjuk gambar kita dekat orang lain

Hanya dalam media sosial berkongsi gambar peribadi kepada orang lain dianggap perkara normal. 

Bukan setakat gambar sendiri, gambar anak, isteri, ayah, ibu, aktiviti keluarga dan kadangkala gambar yang sepatutnya tidak dikongsi pun dah jadi benda yang disebar kepada umum, tanpa kita risau siapa yang bakal menyaksikannya. 

Cuba terjemah perbuatan ini dalam dunia nyata.

Anda sedang duduk, datang kawan anda tunjuk gambar dia kepada anda. Kemudian dia tanya apa maklum balas anda terhadap gambar itu.

Creepy kan?

2. Duduk depan orang dan makan depan dia

Satu genre video yang muncul akibat media sosial, dikategorikan sebagai mukbang - memaparkan 'pempengaruh' makan depan kamera dan sampaikan kita boleh dengar mulutnya mengunyah.

Kami tak tahu kenapa kategori video sebegini boleh popular. Secara peribadi, penulis geli nak tenung wajah orang lain sedang makan dan penulis mengandaikan orang lain pun sama.

Dengan di tepi mulut ada sos, kadangkala sisa makanan terkeluar dari tepi bibir, semua tentang video sebegini menjijikkan.

Sekiranya kita duduk saja depan kawan kita dan renung dia makan, besar kemungkinan kita akan ditegur dan dianggap buang tabiat.

3. ASMR ibarat bisik dekat telinga orang

Bagi sesetengah individu yang mencari stimulasi, video ASMR adalah jawapan kepada apa yang mereka cari.

ASMR bagi mana belum tahu, adalah genre video yang memfokuskan kandungannya kepada bunyi audio, direka untuk merangsang deria dan tubuh badan pendengar. 

Ada video ASMR yang dikata membantu seseorang untuk tidur. Bagaimanapun lebih banyak video ASMR lebih kepada situasi kurang enak, tak sesuai untuk kami nyatakan di sini.

Kami masih tidak faham kenapa ASMR menjadi kegilaan ramai individu di luar sana. 

Bila ada orang lain berbisik dan menghembuskan nafas betul-betul pada telinga kita dalam dunia nyata, orang normal pasti rasa tak selesa. 

4. Berani menari dalam video tapi takut buat depan orang

Anda perasan tak, apa persamaan yang ketara dalam kebanyakan video tarian anak muda? Majoriti video yang ada dibuat secara tertutup, biasanya dalam bilik berkunci.

Seakan mereka malu ada ahli keluarga atau teman serumah masuk ke dalam bilik, terlihat mereka sedang cuba menari sebaik mungkin untuk dimuat naik ke internet....agar semua orang dapat tonton dia menari. 

Sekiranya anda ada kenal orang yang gemar memuat naik video dia menari ke media sosial, cuba minta dia menari on the spot.

Mesti dia menolak dengan alasan malu walaupun jelas daripada kandungan video yang biasa dia muat naik, malu adalah sesuatu yang asing dalam hidupnya...

5. Kita akan pertikai semua orang setiap masa

Anda ada kenalan yang anda tahu garang di media sosial, mengeluarkan pandangan, mengkritik perspektif orang lain dan menyangkal fakta dengan fakta?

Mesti dia ramai pengikut kan serta popular di internet. Persoalannya, adalah dia betul sebegitu dalam dunia nyata? Tak kan?

Agak menghairankan bukan kenapa seseorang yang agresif di internet, dalam realiti biasanya adalah seorang yang lebih terjaga tutur katanya.

Kenapa kita tak terjemahkan perangai kita yang suka dengan konflik dan kontroversi dalam internet, ke dunia nyata?

Bukankah dunia akan lebih elok, kalau semua perangai yang kita amalkan di internet mahu memenangi perdebatan atau suka memalukan orang lain - kita buat secara benar dalam hidup kita?

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts