SMART Tawar Diskaun Tol 10% Sempena Krismas

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 08:01:02

KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua pengguna lebuh raya itu sempena perayaan Krismas yang disambut pada 25 Disember ini.

Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART Sharifah Alauyah Wan Othman dalam satu kenyataan hari ini berkata pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun berkenaan dari pukul 6 pagi Ahad (25 Disember) hingga 6 pagi Isnin (26 Disember).

“Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanya RM2.70 berbanding kadar biasa iaitu RM3 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

“Diskaun tol yang diberikan ini merupakan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat SMART untuk memeriahkan sambutan Krismas tahun ini, seperti diskaun pada musim perayaan yang lain,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh melayari laman sesawang SMART di www.smarttunnel.com.my, atau di laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau menghubungi talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts