Snapdragon 865 Ialah Pemproses Pertama Menyokong Dwi eSIM Dan Transkripsi Dua Bahasa Serentak

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 04 Dec 2019 21:03:06

Dua tahun yang lalu Google Pixel 2 dilancarkan sebagai peranti pertama menggunakan eSIM, Ini dilakukan kerana sokongannya pada cip Snapdrgon 835 yang digunakan. Ini membolehkan peranti menyonyong satu SIM fizikal dan satu eSIM secara serentak.

Dengan Snapdragon 865, peranti dengan dwi eSIM akan akhirnya menjadi realiti, kerana ia pemproses pertama yang memberikan sokongan dwi eSIM serentak, Ini membuka kepada masa depan di mana peranti tidak akan lagi memerlukan SIM fizikal untuk berfungsi sekaligus menjadikannya lebih kalis air,

Dengan kemampuan kecerdasan buatan yang kini dua kali ganda lebih tingi berbanding Snapdragon 855, Snapdragon 865 juga dapat melakukan transkripsi audio kepada teks dengan lebih pantas, Demo yang diperlihatkan oleh Qualcomm menunjukkan transkripsi audio ke teks Bahasa Inggeris dan Mandarin dalam masa nyata serentak. Sebelum ini sistem Live Caption yang disokong Android 10 pada Pixel 4 hanya menyokong transkripsi masa nyata untuk satu bahasa sahaja.

Qualcomm juga mendakwa panggilan telefon dalam bahasa Inggeris boleh dialih suara ke bahasa Mandarin dalam masa nyata tanpa penerima panggilan menyedari anda tidak tahu berbahasa Mandarin.

Kemampuan transkripsi yang pantas ini dapat dilakukan kerana sistem kecerdasan buatan yang kini terbina di dalam peranti dan tidak memerlukan data dihantar ke awanan terlebih dahulu. Dengan penggunaan Google Neural Network API, pengurangan penggunaan kuasa memproses dan tenaga juga dapat dilakukan.

Kami akan mencuba sendiri kesemua demo yang diperlihatkan di atas pentas di dalam sesi lain pada hari ini, Teruskan bersama Amanz untuk melihat sama ada apa yang didakwa dapat dilakukan dengan lancar pada peranti dengan Snapdragon 865

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts