Ini 6 soalan berkaitan poligami yang ramai pendam dalam hati, malu nak bertanya

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 21 Sep 2023 11:32:12

Tajuk poligami terkenal mampu mencetuskan perbincangan hangat di kalangan ahli masyarakat,

walaupun kurang digemari golongan wanita khususnya mereka yang telah berumahtangga. Sebabnya kita fahamlah kenapa.

Poligami seringkali dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil dan menindas hak wanita kerana ‘mudah’ bagi golongan lelaki.

Ini 6 soalan berkaitan poligami yang ramai pendam dalam hati, malu nak bertanya

Realitinya, poligami bukanlah semudah yang di sangka apatah lagi sekiranya seorang lelaki itu sedar diri dan kemampuannya.

Banyak soalan tentang poligami sering berlegar dipersoalkan. Berikut adalah 6 soalan yang sering dipersoal agar ramai tahu apa yang dibenarkan dan apa yang sepatutnya diharamkan.

1. Suami bagaimana diharamkan berpoligami?

Poligami secara jelasnya adalah sesuatu yang dibenarkan.

Ini bermakna tidak ada wujud halangan-halangan yang tidak membenarkan seseorang lelaki itu berkahwin dua atau lebih, namun ada sebab dan situasi yang boleh menjadikan seseorang lelaki dianggap haram mengamalkan poligami.

Situasi ini dianggap boleh jatuh kepada seorang suami berdasarkan kemampuan atau keadaannya, membawa kezaliman atau ketidakadilan kepada isteri sedia ada.

Lelaki yang merasakan dirinya bakal tidak berlaku adil, gagal menyediakan nafkah, cenderung untuk berat sebelah dan kurang upaya dalam memenuhkan aspek kesihatan dan kewangan kesemua keluarga yang ada; bolehlah dianggap dilarang daripada berpoligami.

Berat sebenarnya syarat ini! Yang menjadi masalah, ramai lelaki merasakan mereka mampu dan meneruskan niat berkahwin dua. Hanya selepas itu, barulah dia menyedari situasi sebenar yang menimpa kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, macam mana nak buat? Nasi dah jadi bubur.

2. Bolehkah seorang isteri melarang suaminya berkahwin dua?

abang tesla yang amat terkenal kerana pro-poligami

Ini soalan paling panas dalam isu ini.

Bolehkah isteri tua (maaf, kami guna istilah ini ya!) melarang dan tidak membenarkan suaminya berkahwin lagi seorang, memadukan dirinya? Boleh! Asalkan larangan itu dibuat tanpa melibatkan aspek yang haram atau salah.

Sebagai contoh isteri pertama mengugut mahu terjun bangunan sekiranya suaminya berkahwin lain, itu tidak dibenarkan! Larangan isteri haruslah hadir dalam bentuk pandangan atau nasihat, berdasarkan kepada keadaan dan realiti sebenar suaminya.

Ini kerana si isteri lebih tahu adakah suami bakal menzalimi dia dan madunya jika suami berkahwin dua. Sekiranya sudah dinasihatkan dan tak jalan juga, berdoalah agar suami anda disedarkan daripada kealpaan dirinya.

3. Bolehkah isteri pertama letak syarat mahu diceraikan jika suami berkahwin lain?

Sebenarnya tidak boleh.

Ini kerana hanya wujud beberapa situasi isteri dibenarkan memohon perceraian;

1. Suami gemar melakukan perkara haram

2. Suami meminta isteri melakukan perbuatan haram

3. Suami menghalang isteri melakukan perkara wajib

4. Suami yang mendera isteri

5. Suami yang tidak menanggung nafkah

Jelas semua sebab di atas berkait dengan tuntutan syariah.

Sekiranya sebab si isteri meminta cerai disebabkan oleh perasaan tidak dapat menerima bermadu atau enggan berkongsi kasih suami – daripada segi hukumnya alasan itu tidak cukup kuat untuk wanita memohon perceraian.

Tetapi secara teknikalnya, tidak ada apa-apa yang menghalang wanita itu untuk ke mahkamah syariah bagi melakukan tuntutan cerai.

4. Bolehkah isteri meminta suami menceraikan isteri kedua selepas terkantoi?

Dalam kes suami berkahwin secara senyap-senyap, berdasarkan panduan yang ada – tidak ada hujah menyokong pihak isteri pertama menuntut cerai seandainya beliau mendapati suaminya berkahwin dua tanpa pengetahuan dirinya.

Ini kerana dalam pandangan Islam, ‘kebenaran’ isteri pertama bukanlah sesuatu yang dianggap perlu untuk melaksanakan perkahwinan kedua suami. Suami nak kahwin tiga atau empat semuanya di luar pengetahuan isteri yang ada pun tak mengapa.

Tetapi oleh kerana kebahagiaan rumah tangga memerlukan suami bersikap jujur dengan isteri, disarankan si suami membincangkan idea mahu berpoligami dengan isteri yang ada; agar si isteri dapat menasihat dan memberikan panduan kepada suami berkenaan keputusan yang bakal merubah hidup mereka.

Seperti kami sudah katakan, isteri ada hak untuk menasihatkan suami agar sedar diri dan keadaannya. Si suami pula harus sedar diri adakah dia bakal menzalimi isteri sekiranya dia meneruskan niat mengahwini wanita kedua dan seterusnya.

Jika tidak mampu adil, hentikan saja niat anda.

5. Bolehkah isteri kedua meminta suami menceraikan isteri pertama?

Ewah ewah ewah! Kami yakin situasi ini berlaku kepada wanita kurang bernasib baik. Sudahlah terpaksa menelan hakikat dimadukan, si madu pula beriya-iya mahu ‘isteri tua’ dilepaskan kerana enggan berkongsi kasih.

Seperti yang sudah kami nyatakan, isteri baik yang pertama, yang kedua, yang ketiga atau ke empat tidak ada hak untuk mendesak suami menceraikan mana-mana isteri yang mereka kurang gemari.

Kalaulah berlaku situasi isteri muda nak suami lepaskan isteri tua, seorang suami harus bijak menjelaskan bahawa poligami mengharamkan suami menzalimi mana-mana isteri dan bersikap berat sebelah, sehingga meminggirkan seorang isteri antara mereka.

Isteri baru kenalah menerima hakikat berkahwin dengan suami orang menjadikan ada wanita lain berkongsi hidup dengan dia.

Kalau tak suka, kenapa nak kahwin juga dengan suami dia?

6. Sahkah nikah poligami senyap-senyap di Siam?

Namun perlu berhati-hati kalau mahu bernikah dengan orang Thailand

Sah!

Tidak ada masalah pernikahan itu dianggap sah sekiranya dibuat di Thailand secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan pihak keluarga atau wali yang sah.

Surat kebenaran isteri pertama juga bukanlah perkara wajib dalam mengabsahkan sesuatu pernikahan.

Secara jelas syarat-syarat sah nikah yang diterima sekiranya sesuatu pasangan itu mahu kahwin lari di Thailand untuk tujuan perkahwinan pertama atau poligami,

1. pernikahan itu memenuhi rukun nikah

2. tiada kekangan mahkamah yang menghalang perkahwinan itu dibuat

3. pernikahan itu disaksikan wali hakim yang diiktiraf

4. lokasi di mana pernikahan itu berlangsung melebihi jarak 2 marhalah (81-85 km) daripada lokasi mereka bermastautin.

Penuhi keperluan itu, anda nak menikah senyap-senyap di sana dan terus menghadiri pakej bulan madu pun tak ada masalah. Tetapi ingatlah – kalau kita buat begitu, bukankah kita sedang menzalimi isteri pertama kita?

BAca:Ā Kalau tak boleh bahagiakan isteri, jangan cuba sakitkan hati, mungkin akan bawa status ā€˜Jā€™ ā€“ Kak KM

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts