sooka TV Stick Dilancar, Harga Bermula RM349

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 11 Jun 2024 11:00:19

sooka hari ini melancarkan peranti sooka TV Stick baharu yang akan memberikan anda pengalaman penstriman yang lancar pada bila-bila masa, di mana sahaja, pada mana-mana skrin.

Sooka TV Stick ialah peranti penstriman media mudah alih yang membolehkan anda menstrim rancangan tempatan dan antarabangsa kegemaran anda serta acara sukan secara langsung pada skrin besar.

Peranti ini dikuasakan Android TV OS yang berasaskan Android 12 dengan penggunaan cip pemprosesan 4 teras 2.6GHz.

Anda bukan sahaja boleh menstrim kandungan sooka tetapi juga memasang aplikasi pihak ketiga, memainkan media, muzik, dan lain-lain di TV.

Pada harga langganan bermula RM349 (sekali bayar sahaja), anda akan dapat menonton pelbagai kandungan filem, drama, siaran langsung sukan, animasi, berita dan banyak lagi pada resolusi HD.

Bagi pelanggan yang membeli pakej Pelan Premium 12 bulan pada harga RM579 pula akan menerima sooka TV Stick tanpa kos tambahan dan akses selama 3 bulan ke Disney+ Hotstar untuk nilai terbaik. 

Ketahui lebih lanjut tentang produk terbaru dari sooka ini dengan layari sooka TV Stick.

{suggest}

sooka TV Stick Dilancar, Harga Bermula RM349 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts