Steam Kini Menunjukkan Jumlah Wang Yang Dibelanjakan Oleh Pengguna Untuk Membeli Permainan Video

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 19 Jun 2018 03:03:09

Sejak wujudnya Steam,membeli permainan komputer menjadi semakin murah kerana tiada lagi masalah kehabisan stok permainan fizikal. Setiap tahun jualan Steam dinantikan supaya wang dapat dibelanjakan seperti ia akan luput jika tidak digunakan. Laman Steam kini menunjukkan jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh pengguna sejak menggunakan perkhidmatan mereka.

Pengiraan dilakukan menerusi wang yang telah dibelanjakan dan ini bermakna permainan yang diberikan atau menggunakan kod tidak akan dikira. Ini berbeza dari perkhidmatan Steam Calculator sebelum ini yang mengira nilai wang yang dibelanjakan berdasarkan koleksi permainan di dalam akaun pengguna dalam mata wang Dollar Amerika. Untuk melihat sendiri perbelanjaan peribadi anda, sila ke pautan di bawah.

Kira wang yang telah dibelanjakan di Steam

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts