Stephen Chow sahkan filem Kung Fu Hustle 2 dalam pembikinan

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 14 Feb 2019 06:01:33


Filem aksi komedi Kung Fu Hustle arahan Stephen Chow yang ditayangkan pada tahun 2004 berjaya meraih keuntungan sebanyak $101 juta (RM412 juta) dan mendapat rating 7.8/10 di iMDB.

Dalam temubual bersama media baru-baru ini, Stephen Chow mengesahkan penggambaran filem Kung Fu Hustle 2 akan dimulakan selepas sekuel filem Mermaid arahannya selesai.

Namun begitu, Kung Fu Hustle 2 itu bukanlah sambungan dari filem pertama yang berlaku pada 1940-an, tetapi ianya lebih kepada zaman moden. 

Stephen berkata, dia tidak akan memegang watak utama dan mungkin hanya menjadi pelakon sampingan yang dipukul kerana dia sudah tidak mampu berlawan dengan baik berikutan usianya yang sudah tua. 

Perkhabaran itu membuatkan ramai peminat filem komedinya teruja. Ramai yang tertanya-tanya adakah Kumpulan Kapak juga akan kembali dalam filem sambungan itu. 




: 9GAG, Epic Stream

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts