by Oh! Semput
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menitipkan doa buat seorang kanak-kanak yang bercita-cita menjadi imam selepas tersentuh dengan semangat serta kesungguhannya dalam mendalami peranan tersebut.

Menerusi ruangan komen di Threads, Dr Zulkifli meluahkan rasa syukur sambil mendoakan agar kanak-kanak lelaki berkenaan membesar menjadi seorang imam yang mampu membimbing masyarakat ke arah kebaikan.

Selain itu, beliau turut berkongsi sepotong doa khusus buat kanak-kanak tersebut.
Sebelum ini, tular di media sosial satu perkongsian oleh seorang wanita yang memaparkan minat mendalam anaknya untuk menjadi imam apabila dewasa nanti.
Kanak-kanak itu menarik perhatian ramai apabila menggunakan sebatang straw sebagai mikrofon sambil berlakon menjadi imam dan mengingatkan jemaah supaya merapatkan saf.
Artikel lain: Dr Zulkifli Hasan terima berita dilantik Menteri Agama usai tunai zakat tahunan
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial, malah ramai yang meluahkan rasa gembira apabila ia mendapat perhatian serta komen daripada Dr Zulkifli.



: Threads drzulkifli.albakri