“Suami berdendam dengan saya katanya dia takkan cari saya sampai mati, dan kalau saya mati pun dia takkan langkah kubur saya dan takkan menangis”

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 28 Feb 2024 08:01:27

Assalamualaikum min, saya nak meluah sedikit luahan dekat hati ni yang lama dah pendam sorang – sorang dan tolong hide my profil ye.

Saya tak tahu nak cerita dari mana dulu. Ok lah kisahnya macam ni pada 11/1 yang lalu, telah berlaku satu kemaIangan antara saya dan suami.

Semasa berlaku kemaIangan brek kereta saya tak berfungsi, rosak. Betul saya berani bersumpah depan al quran namun maIangnya,

"Suami berdendam dengan saya katanya dia takkan cari saya sampai mati, dan kalau saya mati pun dia takkan langkah kubur saya dan takkan menangis"

keluarga mertua telah menuduh saya meIanggar anaknya dengan sengaja dan di atas kecuaian saya memandu secara kelalaian.

Saya juga telah membuat report di atas kemaIangan tu dan semasa kamaIangan tu saya tak lari pon dari situ. Saya sentiasa ada bersama suami dekat situ dan saya masuk bersama dalam ambulans bersama si suami.

Saya pun rasa bersalah atas apa yang berlaku tapi saya tak minta benda ni jadi.

Semasa kemaIangan tu saya menjaga suami dekat hospitaI dan setelah discaj hospitaI si suami telah dibawa balik dekat rumah keluarganya dalam tempoh 3 – 4 bulan juga lah.

Ketika tu saya tak boleh nak bersemuka dan berdepan dengan suami sebab keluarga mertua mnghalang saya untuk berjumpa dengan suami.

Selepas pada tu suami ada telefon saya untuk berjumpa dan suami cakap ingin duduk sekali dengan saya dan ingin saya yang menjaganya, dalam keadaan dia macam tu.

Suami tak boleh jalan dan hanya berkerusi roda. Masa tu saya tak tahu niat apa sebenarnya niat suami, ikhlas ke tak nak usruh saya jaga dia sepenuhnya.

Namun bagi pihak saya, sebagai seorang isteri, saya jaga dia dengan penuh kasih sayang dan seikhlas hati saya yang mampu. Sepanjang itu, saya menyara suami, saya bekerja hanya sebagai pembantu kedai makan yang bergaji RM40 sehari.

Saya jaga dia dari tak boleh berjalan sampai boleh dia boleh berjalan. Semuanya saya buat demi Allah, dengan seiklhas hati saya. Ya, memang seikhlas hati saya jaga. Lebih dari segala – galanya. Baru – baru ni dia berhasrat nak balik rumah ibubapa dia kembali setelah dia dah boleh jalan.

Awalnya semua ok, saya tak menghalang untuk dia balik ke rumah orang tuanya. Malah saya sendiri yang menghantar dia untuk balik ke rumah orang tua dia. Saya tahu dan faham keadaan suami, mungkin bila dia duduk dekat rumah saya ni dia jadi banyak tekanan sebab dduk saje je.

Banyak fikirkan, tambah lagi dia seorang suami, ego seorang suami bila tak mampu nak jadi ‘ketua’. Sebelum dia balik rumah keluarga dia kami ada berg4duh sampai naik tangan yang agak teruk pada masa tu.

Saya rasa dalam kes tu dia ada report polis kot sebab dia pernah cakap, “aku tak akan bagi hidup mu senang – senang je. Aku akan baIas. “Mu betina jahat!” Dia jerit, cakap macam tu dekat saya.

Sepatutnya saya rasa saya yang kena buat report sebab dia pernah ugvt nak ced3rakan saya dengan alatan depan anak – anak saya masa tu. Tapi saya hanya mendiamkan diri tak buat report pon. Saya tak nak besarkan lagi kes.

Lagi pon kalau anak – anak saya jadi saksi masa tu, mungkin juga polis tak percaya. Mungkin mereka boleh cakap kami dah berpakat anak beranak tuk kenakan suami.

Dia ada cakap juga yang dia tak boleh terima dan redha keadaan dia yang dah tak sempurna, patah macam tu dan dia dah tak boleh buat kerja berat.”

Dia tetap juga nak menyalahkan saya di atas semua yang berlaku tu. Macam dia tak boleh terima takdir dengan redha. Nampak macam dia jenis nak berd3ndam sampai m4ti sedangkan saya ni isteri dia. Mana mungkin saya sengaja nak buat dia macam tu.

Pada 16/11 sampai ke hari ni dia berada dekat rumah keluarga dia dan dia pernah kata yang dia tak akan cari saya sampai m4ti pon. Dan kalau saya m4ti pon dia tak akan melangkah dekat kubvr saya dan tak akan menangis.

Saya sekarang dah pon failkan perceraian sebab saya dah pikir masak – masak dan nekad nak bercerai juga. Saya harap IO yang pernah atau yang tengah ambil kes saya ni, saya harap sangat IO tu cuba selidik dan siasat betul – betul. Ok ni sajelah luahan saya, tak tahu dan reti sangat nak menulis macam cerita biasa. Banyak lagiIah kalau nak taip tapi biarlah setakat ni dulu.

Komen W4rganet :

Mizar NurPenyumbang Teratas : Molek doh tindakan awok tu, failkan penceraian. Buang masalah yang membebankan fikiran. Kalau fikirkan s4akit hati smpai bila – bila takkan sudah.

Orang kalau dah suka fitnah orang ni, bila kita jelaskan yang kita tak salah pun tetap tak nak dengar.

Biar mak bapak dia plak yang menangung. Saya pernah kena fitnah dengan mertua dulu. Nenek belah suami meninggaI. Saya tak tahu. Tapi mak dia reka cerita kata ada call bagitau saya pasal nenek dia meninggaI. Saya bagitau takde call pun.

Sikit suami tak percaya cakap saya. Rela dengar cakap mak dia. Dan banyak lagi lah mak mertua saya tu fitnah saya. Lepas bercerai pergi m4mpuslah. Malas saya ambik tahu. Kehidupan bekas suami saya pun tak senang jugak walaupun kahwin lain.

BACA: “Aku bodoh ikut cakap suami buat loan 40k bayar hutang dia, lepas 5 tahun kahwin, mak akui menyesal paksa aku kahwin dengan calon pilihan dia”

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts