Suami habiskan RM35 ribu, jahit tudung bertatahkan 12,500 batu kristal Swarovski buat isteri

by Oh! Semput


16
SHARES
212
VIEWS
Posted on 17 Jun 2024 20:32:55

Seorang suami habiskan RM35 ribu buat isteri tercinta dengan menghadiahkan tudung bertatahkan 12,500 batu kristal Swarovski hasil penat lelahnya sendiri.

Menerusi hantaran dikongsikan usahawan Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman di TikTok, tudung berkenaan adalah rekaannya.

Ia dijahit sendiri demi menggembirakan dan tanda menghargai pengorbanan isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 26.

alt

Suami habiskan RM35 ribu

Menurut beliau yang juga dikenali Prince Syed,32, tudung tersebut dihadiahkan bagi menghargai isteri dan dihayakan sempena Aidiladha, hari ini.

Selain itu, beliau turut menyatakan nilai baju yang dipakai oleh isterinya iaitu RM9,000 selain barangan solek bernilai RM600.

“Ini jelah yang mampu abam (abang) berikan untuk raya haji ini. 
“Cantiknya isteriku pakai tudung Swarovski hasil rekaan abam sendiri dan selepas ni abam nak keluarkan tudung rekaan abam sendiri.
“Jadi, abam nak isteri abam jadi orang pertama sarung rekaan tudung pertama abam ni. Abam sendiri yang jahit dan tampal lekatkan semua taburan batu permata Swarovski tu,”tulisnya.

alt

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas rezeki yang dikurniakan oleh-Nya buat mereka sekeluarga.

Tiada niat nak riak, harap jadi ikutan suami lain

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, usahawan itu menafikan dirinya gemar menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan apa yang dilakukan terhadap isteri di media sosial.

Sebaliknya beliau sekadar berkongsi dengan harapan ada suami lain turut sama menghargai isteri mengikut kemampuan masing-masing.

“Bukan niat saya untuk riak, takbur jauh sekali ujub, tapi kalau berkemampuan, tak salah rasanya berkongsi dengan pasangan sebab saya pun tumpang rezeki dan kesenangannya.
“Tanpa sokongannya pun, saya mungkin tak sampai tahap ini. Jadi sebagai tanda menghargai pengorbanannya, apa salah saya melabur.
“Bukan orang lain pun, tapi pasangan sendiri dan diharap dengan apa yang dipamerkan itu dapat mengajak suami lain menghargai pasangan mereka,” katanya.

alt

Artikel lain: Istimewa buat isteri, suami jahit sendiri telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski

Beliau turut memberitahu bukan semua komen negatif diterimanya kerana ada juga netizen terkesan dengan perkongsiannya selain meminta pandangan mengenai cara membina keluarga bahagia meskipun sudah lama mendirikan rumah tangga.

@syed.fatin.jaeden.haifa

Hadiah tudung bertatahkan Swarovski RM 35 ribu ringgit untuk isteriku tercinta di pagi raya Aidiladha ,baju bernilai RM 9 ribu dan barang mekap dari @1MinuteMiracleHq bernilai RM 600 utk isteriku , abam guna produk mereka utk look wife harini , ini jer lah yang mampu abam beri utk mereka raya haji ni , cantiknya isteriku pakai tudung Swarovski hasil rekaan abam sendiri dan pasni abam nk keluarkan tudung rekaan abam sendiri , jadi abam nak isteri abam jadi orang pertama sarung rekaan tudung pertama abam ni ,abam sendiri yang jahit dan abam yang tampal lekatkan semua taburan batu permata kristal Swarovski tu , alhamdulillah terima kasih ya Allah diatas rezeki yang dilurniakan pada keluarga kami

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts