by Oh! Semput
Suami Heliza Helmi, Dato’ Seri Mahadi Badrul Zaman nafi syarikatnya melakukan perkara haram seperti mana tular dakwaan melakukan aktiviti pelaburan secara tidak sah.
Menurut laporan mStar, suami kepada penyanyi dan aktivis Datin Seri Heliza Helmi akui terkejut kerana pihaknya tidak menerima apa-apa surat makluman daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), baru-baru ini.
Tampil mengulas mengenai perkara itu, suami Heliza Helmi memaklumkan dia langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu.
Bagi mendapatkan kepastian, Mahadi yang juga usahawan pergi ke pejabat SC pada pagi Selasa untuk mendapatkan jawapan kukuh berhubung dakwaan tular.
“Pertama sekali, saya tidak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada.
“Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni?,”katanya.
Meskipun dirinya tidak mempunyai jawapan yang kukuh, namun Mahadi yakin syarikatnya tidak membuat sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang mahupun haram.
“Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi Alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram,”tegas Mahadi.
Jelas usahawan itu, dakwaan tersebut boleh mendatangkan fitnah terhadap dirinya apatah lagi bila sudah menjadi tular di media sosial.
: mStar Online (Amin Hazlan), X najibfazail