Suami Heliza Helmi Tersenarai ‘Invester Alert List’ Suruhanjaya Sekuriti

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 27 Feb 2024 08:01:22

Sebelum ini terdapat individu termasuk Fatiya Latiff yang mendakwa suami kepada Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman ‘scammer’.

Terbaru, Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi telah pun disenaraikan sebagai salah seorang Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Breaking news ⚠

Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. pic.twitter.com/7XYbqN9VRs

— Najib Fazail (@najibfazail) February 26, 2024

Mahadi dipercayai terlibat dalam proses jual beli saham syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Saham. Terdapat dua syarikat yang Mahadi guna untuk jual saham Islamic Redeemable Preference Share (IRPS) iaitu Kankyo Energy dan QEW.

Selain itu, hasil semakan beberapa individu di media sosial juga mendapati gelaran Dato’ Seri yang digunakan juga tidak terdapat dalam sistem penerima darjah kebesaran bintang dan pingat.

Memetik laporan Sinar Harian, suami kepada penyanyi dan aktivis Datin Seri Heliza Helmi itu sedang berbincang dengan peguamnya dan akan memberi kenyataan berhubung isu ini dalam masa terdekat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts