Suami 4 tahun tak kongsi gambar di IG, Hannah Delisha seloroh – “Welcome back”

by Oh! Semput


15
SHARES
191
VIEWS
Posted on 14 Oct 2024 14:00:41

Suami 4 tahun tak kongsi gambar dan video di Instagram sehingga membuatkan pelakon cantik, Hannah Delisha seloroh di ruangan komen mengucapkan selamat datang kembali kepada Imam Shah di platform tersebut.

Menerusi perkongsian terbaru Imam Shah, dia telah memuat naik beberapa momen sewaktu menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) Jumaat lalu bersama isteri.

Instagram will load in the frontend.

Hannah Delisha seloroh di ruangan komen IG suami

Dia yang meninggalkan kapsyen ringkas turut menyertakan sekali emoji berbentuk hati berwarna hitam putih disamping memberitahu busana yang digayakan dari The Man Suits KL.

Hannah Delisha seloroh

Hannah Delisha seloroh usik suami sebab dah 4 tahun tak update Instagram

Pastinya muat naik gambar-gambar tersebut telah mencuri tumpuan ramai memandangkan dia sudah empat tahun tidak berkongsi sebarang gambar ataupun video di Instagram.

Kali terakhir dia berbuat demikian adalah pada April 2021 apabila mempromosikan drama lakonannya bersama isteri yang berjudul Rindu Salah Alamat.

Instagram will load in the frontend.

Artikel lain: Gembira Hannah Delisha jadi duka- “Dah sebulan bayi tak bernyawa dalam perut”

Hannah Delisha ucap selamat kembali

Menjengah ke ruangan komen, Imam telah menerima pelbagai respon termasuklah daripada isterinya sendiri.

Para peminat dan juga rakan-rakan juga dilihat mengucapkan selamat kembali kepada pelakon kelahiran Singapura itu dan memuji penampilannya yang cukup memukau bersama isteri di ABPBH36 tempoh hari.

alt

Peminat ingat semula lakonan Imam Shah

alt

Dah dekat 4 tahun rupanya dia ‘hiatus’

alt

Suka sangat tengok pasangan ni

alt

Sekadar info, Imam Shah dan Hannah Delisha telah memaklumkan perkahwinan mereka pada awal tahun 2021 dan pastinya ia sangat mengejutkan para peminat memandangkan tidak pernah ada gosip berkenaan mereka.

Walaupun di awal perkahwinan tersebut turut terpalit dengan sedikit kontroversi berkenaan restua keluarga, namun berjalannya waktu mereka sama-sama sudah berbaik dan hubungan kekeluargaan juga semakin damai.

: Instagram imamemy

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts