Sudah beberapa bulan saya tiada kerja, kata Aril Pilus

by Oh! Semput


11
SHARES
149
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 11:31:43

"Saya sekarang 'jobless' (tiada kerja)."

Demikian kata penyanyi dan pengacara Aril Pilus apabila program CCTV yang disiarkan di saluran Astro Ria selama tujuh tahun akhirnya ditamatkan pada Ramadan lalu.

Aril, 37, atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus berkata, dia kini lebih aktif menerusi platform digital seperti YouTube dan aplikasi TikTok bagi menjana pendapatan.

"Selepas daripada C0vid-19 memang cabarannya agak sukar. Selepas tujuh tahun saya membangunkan program CCTV, akhirnya program itu ditamatkan pada bulan puasa tempoh hari. Program itu ditamatkan sebab kita tahu situasi di televisyen ketika ini. Kalau kita tengok sekarang pun permainannya sudah berubah.

Sekalipun anda selebriti dan nak berada lama dalam industri ini, maka kena buat dalam dua platform iaitu digital dan televisyen.

"Kita tengok sekarang ini pempengaruh media sosial tumbuh macam cendawan. Tak kira di mana platform pasti ada mereka ini. Jadi, sebagai seorang selebriti macam saya terkesan dan selepas program CCTV itu tamat saya memang tak ada kerja. Kalau kita tak mula dari sekarang untuk buat sesuatu dalam digital, kita akan rugi. Maksud saya, kita tak tahu akan datang industri ini punya permainan macam mana.

"Jadi, saya mula aktif di TikTok sebab kalau tengok dalam Instagram pun permainannya dah lain. Algoritmanya pun dah berbeza. Tiktok ini lebih terbuka dan lebih mesra dengan dengan sesiapa saja. Sama ada selebriti atau orang biasa, kalau cuba untuk dekatkan diri dengan platform itu capaiannya lebih mesra. Kalau tengok Instagram macam dah lain, dia lebih kepada bisnes korporat dan sebagainya. Tapi hantaran dan apa-apa yang keluar sama," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aril, situasi dihadapi itu memberi kesan dalam kehidupannya termasuk mengalami srangan anxiiety (kecelaruan keresahan).

"Memang sesiapa saja yang mengalami situasi macam ini akan terkesan. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah bertahan dengan simpanan yang ada. Saya pernah alami anxiety dan alhamdulillah ia tidak berterusan sampai sekarang. Cuma saya dapat atasi perkara ini dengan cara spiritual. Macam mana nak dekatkan diri dengan Allah SWT dan sebagainya.

"Saya jumpa juga dengan pakar psikologi. Apa yang memberikan saya semangat untuk terus bertahan adalah keluarga. Isteri saya bekerja sebagai pramugari pun cakap industri penerbangan 'jahanam' sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekarang ini dia bersama syarikat insurans dan saya cakap dengan dia tak apa teruskan. Kita sokong satu sama lain. Tidak ada masa untuk tunggu, kalau kita tak buat sesuatu kita akan tenggelam," katanya.

Dalam masa sama, Aril berkongsi buat masa ini dia bersama rakannya juga pengacara Alif Farhan sedang giat mengembangkan saluran YouTube mereka menerusi program Gila Geng.

GiIa Geng adalah platform untuk siapa saja selebriti yang ingin mempromosikan lagu, drama dan sebagainya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Artikel : Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts