Sudah cukup! Ayda Jebat tak mahu sertai lagi pertandingan berbentuk realiti

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 07 Feb 2023 07:00:29

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat tidak mahu menyertai lagi mana-mana program pertandingan berbentuk realiti selepas selesai berjuang dalam Famili Duo yang tamat pada Ahad lalu.

Menurut laporan Media Hiburan, penyanyi berusia 31 tahun itu bagaimanapun masih terbuka bagi membabitkan diri dalam pertandingan yang tidak memerlukan komitmen mingguan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi.
“Saya beritahu jujur. Sebenarnya masa, energi dan kreativiti itu kita tak boleh nak… Macam mana nak cakap ya. Saya rasa sudah cukuplah. Maksud saya, yang berbentuk realiti.
“Kalau Anugerah Juara Lagu itu lain, insya-Allah. Yang bukan perlukan komitmen pada tiap-tiap minggu,” kata Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat.

Ayda berkata, dia belum memaklumkan tentang perkara tersebut kepada suami Nabil Mahir namun yakin bahawa lelaki itu sentiasa memahami sebarang situasi dilaluinya.

“Saya tidak beritahunya lagi (mengenai keputusan tersebut). Tapi saya rasa dia mengenali saya seorang yang bagaimana.
“Cukuplah setakat ini. Tidaklah serik… tapi buat masa sekarang biarlah saya beri fokus terhadap perkara lain pula selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, Ayda bergandingan bersama adiknya Fyna Jebat berjaya meraih tempat kedua dan pulang membawa hadiah RM25,000 di pentas akhir Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Anak-anak Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah pula dinobatkan sebagai juara sekeali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

Program yang bermula pada Disember lalu itu menyaksikan Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap, manakala Janna Nick serta Sean Lee bertindak sebagai pengacara.

: Media Hiburan, Instagram Ayda Jebat

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts