Hati Dia Sudah Hitam, 35 Tahun Hidup Dengan Hina Filem Orang - Datuk Yusof Haslam

by Oh! Semput


8
SHARES
110
VIEWS
Posted on 30 Sep 2017 12:31:02


Dek kerana melabel karyanya sebagai bahan tong sampah, pengkritik filem kontroversi Mansor Puteh dilabel berhati hitam oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Menurut Datuk Yusof, sikap pengkritik tersebut tidak pernah berubah dan kini dia menjadikan Syamsul dan Syafiq sebagai sasaran.


"Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam

"Hina saya tidak kisah... tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, rupa-rupanya masih ada 'spesis' macam ini dalam negara.

"Kalau masih muda satu hal, ini sudah senja masih tidak berubah," katanya.

Terdahulu, menerusi status di Facebooknya pada Khamis lalu, Mansor menulis; "Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).


"Ada beberapa (filem) menimbun di sebelah dan hanya sedikit diletakkan di rak," tulisnya.

Bagaimanapun, Datuk Yusof menyifatkan tindakan Mansor itu bukanlah perkara pelik kerana sebelum ini dia juga dikatakan pernah menghina dan mengkritik filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin dan Allahyarham Seniman Tan Sri P.Ramlee.

"Ia bukan perkara baru tetapi tidak mengapa semoga Allah buka pintu hatinya dan turunkan hidayah.

"Saya pun bukanlah pernah minta dipuji,"akhirnya.

- mStar Online

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts