Sudah tak ‘membisu’, Mas Idayu puji persembahan Sissy & Naim paling terbaik!

by Oh! Semput


9
SHARES
122
VIEWS
Posted on 06 Feb 2023 00:00:29

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu akhirnya memberi komen terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel di pentas akhir program realiti, Famili Duo musim kedua.

Menurut laporan mStar, Mas Idayu mendedahkan itu merupakan persembahan yang terbaik pasangan sepupu tersebut berikan sepanjang tujuh minggu berentap.

“Saya jenis kalau tak suka cakap tak suka. Bagi saya malam ini vokal mereka adalah yang terbaik daripada sepanjang persembahan mereka di Famili Duo.
“Saya ikhlas ni. Daripada segi harmoni, vokal, nyanyian semua terbaik. Cuma hanya satu minggu yang mereka silap sampai mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya terbaik.
“Keseluruhannya Mummy (panggilan Mas) sangat suka,” katanya.

Terdahulu, Mas Idayu menjadi bualan hangat netizen apabila dia enggan untuk memberikan sebarang komen kepada persembahan Sissy dan Naim, sebelum ini.

Walaupun pengacara Sean Lee meminta penyanyi tersebut meminta ulasan mengenai persembahan mereka, namun dia memilih untuk membisu tanpa sebarang komen.

: mStar (Ain Norman)

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts