by Oh! Semput
Pempengaruh, Ahmad Aslam mendedahkan dia kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya, Marissa Dania.
Aslam, 27, berkata demikian ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Menurut Aslam, dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak mahkamah dan berharap keputusan terbaik dapat dibuat.
“Ya, sudah tinggal berasingan. Saya sakit perut hari ini. Saya pun tak tahu lagi sekarang kita tunggu keputusan daripada pihak mahkamah.”
Terdahulu, Aslam dan Marissa dilihat hadir secara berasingan ke mahkamah bagi prosiding berkenaan pada Selasa.
Aslam hadir ditemani peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakilinya dalam prosiding tersebut.
Sebelum ini, Muhammad Ammar memaklumkan anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.
Menurut peguam itu, Ahmad Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum rujuk pada bulan yang sama.
Ahmad Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk dua bulan kemudian.
Kemelut rumah tangga Marissa sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas dia dilaporkan berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua memandangkan Ahmad Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.
Terkini, kemelut rumah tangga berakhir, peguam syarie mewakili Ahmad Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser mengesahkan status pempengaruh itu bukan lagi suami kepada Marissa Dania.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Ya Kami Sudah Tidak Tinggal Sebumbung” – Aslam Sakit Perut Di Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.