Suhaimi Saad cabar Dr Syeikh Muzaphar angkat sumpah bumi bentuk sfera

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Feb 2019 14:00:06



Masih tidak habis-habis lagi mengundang kontroversi, sebelum ini penyanyi nasyid Suhaimi Saad di dalam akaun Facebook miliknya ada membuat kenyataan mengenai saiz bulan dan matahari.

Menurut hasil kajiannya yang tersendiri mendakwa bahawa saiz matahari dan bulan adalah hampir sama, kenyataannya itu bagaimanapun menerima kecaman yang teruk daripada orang ramai.

alt

Lebih parah lagi, terbaru suami kepada Ina Naim yang mahu mempertahankan pendapatnya telah mencabar angkasawan negara, Dr Syeikh Muzaphar Shukor untuk angkat sumpah mengatakan bahawa bumi berbentuk sfera.

Malah jika usahawan itu sanggup untuk bersumpah, penyanyi itu rela memberhentikan kajian dan membantu untuk membetulkan semula pandangan kelompok yang mempercayai bumi rata atau ‘Flat earth’.

Umum sedia maklum, Dr Syeikh Muzaphar telah membanggakan Malaysia setelah menjadi salah seorang angkasawan dari Malaysia terpilih untuk menjalankan satu misi ke angkasa lepas pada tahun 2007.

alt

alt

alt

Malah menurutnya, dia tidak teragak untuk  menyekat komen daripada netizen yang boleh mengancam kredibilitinya, sehinggakan sanggup menghina golongan yang dianggap haters dengan menyamakan dengan lembu dan menyifatkan mereka sebagai munafik.

alt

alt

: Facebook Suhaimi Saad

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News