Suhami Saad seloroh sanggup beli empat mesin basuh, cukup kuota poligami!

by Oh! Semput


10
SHARES
136
VIEWS
Posted on 07 Feb 2023 07:00:30

Beberapa hari lalu, penyanyi nasyid, Suhaimi Saad berseloroh kepada isterinya, Ina Naim dengan meminta izin berkahwin lagi satu sehingga meraih perhatian ramai.

Mana tidaknya, Ina meminta suaminya yang juga bekas anggota kumpulan In-Team itu membeli mesin basuh sewaktu bertanya sama ada boleh atau tidak jika dia ingat bernikah satu lagi.

@elghoriby

#nikah #mesinbasuh #fypシ

♬ original sound – SUHAIMI SAAD Official – Suhaimi Saad Official

Selepas itu, Suhaimi dilihat seolah-olah mengalah dan membisu apabila diminta berbuat sedemikian sebelum menyambut semula seloroh berkenaan.

Dalam video selanjutnya, Ina berseloroh meminta dua buah peralatan elektrik tersebut sewaktu Suhami mengatakan akan beli mesin basuh pada keesokan harinya.

@elghoriby

#suhaimisaad #inanaim #fypシ

♬ original sound – SUHAIMI SAAD Official – Suhaimi Saad Official

Terbaharu, pemilik nama Mohd Suhaimi bin Saad memuat naik hantaran memaparkan dia sudah bersiap sedia untuk keluar rumah bagi membeli mesin basuh seperti mana diminta oleh isterinya.

Apa yang melucukan adalah penyanyi berusia 42 tahun itu berseloroh mengatakan dia akan membeli empat buah mesin basuh, cukup untuk keempat-empat orang isteri.

“Nak pergi beli mesin basuh. Dua biji mesin basuh? Tak payah, kita beli empat terus! Bini satu, bini dua, bini tiga, bini empat, tak payah gaduh,”seloroh Suhaimi apabila ditanya Ina.
@elghoriby

Beli Mesin Basuh #fypシ

♬ original sound – SUHAIMI SAAD Official – Suhaimi Saad Official

Sebelum ini, Suhaimi pernah bergurau dengan mengatakan mahu berkahwin dua ekoran pengarah tersohor menikah lagi menjadi perbahasan di media sosial.

Menjadi perhatian ramai apabila Suhaimi juga pernah menyatakan mahu hidup secara ‘zuhud’ dengan tidak menyediakan peralatan asas seperti mesin basuh serta peti ais di rumahnya.

Walau bagaimanapun, dia menafikan tuduhan ‘mendera’ isteri membasuh baju menggunakan tangan kerana mereka memilih untuk menggunakan perkhidmatan dobi 24 jam.

: TikTok @elghoriby

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts