Sukan SEA 2019: Abaikan Tentang Filipina, Kim Swee Mahu Tumpu Misi Benam Kemboja

by Oh! Semput


HOME Posted on 04 Dec 2019 01:08:13



Menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan kejohanan Sukan SEA 2019 menentang Kemboja esok, ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu memikirkan tentang aksi melibatkan pasukan tuan rumah, Filipina dengan Timor-Leste.

Malaysia, Filipina dan Kemboja kini terikat dengan empat mata dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol. Mengikut kedudukan semasa, Myanmar sudah pun mengesahkan tepat ke separuh akhir selaku juara kumpulan. Kemboja kedua, Malaysia ketiga, Filipina keempat dan Timor-Leste kelima tanpa sebarang mata.

Kedudukan Kumpulan A Sukan SEA 2019 (Bola Sepak Lelaki) Selepas Hari Perlawanan #4, 2 Disember 2019

* Seterusnya Hari Perlawanan #5 pada Rabu, 4 Disember 2019, Kemboja lwn Malaysia & Timor-Leste lwn Filipina #FAM #HarimauMalaya #SEAGames2019 pic.twitter.com/0KEibvYjAf

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 2, 2019

Oleh yang demikian, pengendali berusia 48 tahun itu kini hanya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan melibatkan pasukannya yang kini menggalas misi wajib menang ke atas Kemboja bagi memastikan skuad negara mampu melangkah ke peringkat separuh akhir selaku naib juara kumpulan.

“Saya tidak mahu fikirkan mengenai satu lagi perlawanan (Filipina menentang Timor-Leste) kerana ia boleh mengganggu fokus kita ke peringkat seterusnya.

“Apa yang penting adalah kemenangan (ke atas Kemboja). Kita mungkin tidak boleh tahu apa yang berlaku antara Filipina dengan Timor Leste, sama ada tuan rumah dapat satu, dua atau tiga gol.

“Jadi, kemenangan adalah lebih penting buat kita dan sekiranya mampu menjaringkan gol yang lebih, ia lebih baik,” kata Kim Swee kepada Berita Harian.

Sukan SEA 2019: Datuk Ong Kim Swee Anggap Kemenangan Tingkatkan Moral Menjelang Aksi Terakhir – https://t.co/x9ALXUNxhB pic.twitter.com/quvJquKNcL

— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 3, 2019

Mengikut format pertandingan perbezaan gol akan diambil kira untuk menentukan pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir sekiranya terdapat pasukan yang terikat dengan jumlah mata yang sama.

Harapan Malaysia untuk layak terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan di antara Filipina dan Timor-Leste yang akan berlangsung serentak esok. Harapannya jika pasukan tuan rumah itu menang, mereka tidak memperoleh gol yang banyak melepasi jumlah perbezaan gol yang dimiliki skuad negara.

Kim Swee sudah pasti akan menurunkan kesebelasan terbaiknya dalam perlawanan di Stadium Memorial Rizal, Manila esok kerana khabar yang diterima dari kem pasukan Malaysia dimaklumkan semua pemain kini bebas dari sebarang kecederaan.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...