Sultan Ahmad Shah serah takhta selepas 45 tahun pemerintahan

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jan 2019 11:02:31


12 Januari 2019 4:33 PM

KUANTAN - Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima, menyerahkan takhta kepada anakanda baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun.

Pengumuman berhubung pelantikan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar di Pekan hari ini.

Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan pada 15 Januari ini.

Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering dan dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

Sultan Ahmad Shah, 88, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.  

Diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Okt 1930, Sultan Ahmad Shah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan

Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1944, ketika berusia 14 tahun. - Bernama
 
 

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News