Sultan Kelantan Hadir Sambutan Maulidur Rasul

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 11 Dec 2016 16:01:22

KOTA BHARU – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Muhammadi di sini, malam ini.

Baginda turut diiringi Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Sultan Muhammad V berkenan untuk solat Maghrib yang diimamkan Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Muhammad Hana Pizi Abdullah.

Baginda turut berkenan mendengar ceramah khas sempena Maulidur Rasul yang disampaikan Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Sambutan itu yang dihadiri ribuan jemaah kemudiannya disusuli dengan solat Isyak berjemaah, berzanji dan qasidah serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts