Sultan Nazrin raikan atlet Perak

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 15 Dec 2017 05:01:43

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menyampaikan Skim Insentif Kemenangan Atlet Negeri Perak, di Bulatan Meru Amanjaya, di sini, hari ini.

Seramai 57 atlet dari Perak, yang mewakili negara pada temasya Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diraikan pada majlis itu.

Selain menyampaikan insentif, Sultan Nazrin turut berkenan menyaksikan sebahagian atlet menanam anak pokok di pekarangan Bulatan Meru Amanjaya menerusi Program Satu Pingat, Satu Pokok Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 .

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan dan Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk S Thangasvari.

Selain itu, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sementara itu, Shahrul Zaman ketika berucap pada majlis itu berkata, program Skim Insentif Kemenangan Atlet Negeri Perak itu dicetuskan sendiri oleh Sultan Nazrin.

Beliau berkata, ia akan menjadi menjadi suntikan semangat dan motivasi bagi atlet serta pelatih kontinjen negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di bawah program Kita Juara 2018 dan Program Podium Perak (P3).

"Semoga visi, misi dan objektif kita untuk menjadi juara SUKMA tahun hadapan akan menjadi kenyataan," katanya.

Seramai 21 daripada 57 atlet Perak yang menerima insentif hari ini adalah penyumbang pingat emas, sembilan pingat perak dan sembilan gangsa pada Sukan SEA lalu.

Beliau berkata, seramai 23 atlet yang mewakili negara dalam Sukan Para ASEAN turut diraikan pada majlis itu.

"Daripada jumlah itu, 11 atlet adalah penyumbang pingat emas, tujuh pingat perak dan sembilan lagi adalah penyumbang pingat gangsa.

"Semua kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa negeri Perak dari dahulu hingga kini berupaya dan akan terus melahirkan atlet bertaraf dunia," katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts