Sultan Pahang Seru rakyat Pahang Dan Malaysia Berdoa Mohon Hujan Bagi Bantu Meredakan Keadaan Jerebu Yang Melanda Ketika Ini

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 08 Oct 2026 13:30:31

KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat Pahang dan Malaysia amnya agar bersama-sama berdoa dan memohon ke hadrat Allah SWT supaya diturunkan hujan bagi membantu meredakan keadaan jerebu yang melanda ketika ini.

Baginda turut menzahirkan harapan agar masyarakat serta pihak syarikat perladangan di Kalimantan, Indonesia, diberikan kesedaran dan dibukakan hati untuk menghentikan segala aktiviti pembakaran secara terbuka yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara dan menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan masyarakat di rantau inl.

Baginda bertitah demikian menerusi kenyataan oleh Pengelola Bijaya Diraja KDPB Sultan Pahang Mej Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya TUDM (Bersara), hari ini.

“Usaha menangani jerebu memerlukan kerjasama semua pihak, selain ikhtiar berterusan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat sentiasa terpelihara.

“Sehubungan itu, Paduka Baginda menyeru rakyat agar terus berdoa kepada Allah SWT, di samping mengamalkan langkah-langkah sewajarnya bagi menghadapi keadaan jerebu yang berlaku,” titahnya.

Baginda turut berharap agar keadaan cuaca kembali pulih dan hujan yang membawa rahmat dapat turun dalam masa terdekat, sekali gus membantu membersihkan udara serta mengurangkan kesan jerebu yang sedang dialami. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts