Sultan Pahang, Tengku Mahkota Berkenan Laksana Ibadah Korban Sempena Aidiladha Di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 27 May 2026 13:31:53

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Makhota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Sultan Pahang berkenan mengorbankan dua ekor lembu dan Tengku Mahkota turut berkenan mengorbankan seekor lembu sempena Aidiladha di masjid tersebut.

Terdahulu baginda dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah serta Tengku Mahkota berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid itu.

Ketibaan baginda pada pukul 8.20 pagi disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta exco kerajaan negeri.

Solat sunat Aidiladha itu dipimpin oleh Imam 1, Mohd Hafidz Mohammad Suhaile.

Khutbah bertajuk “Kehidupan Adalah Pengorbanan”disampaikan oleh Mufti Negeri Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

( foto: Facebook Rasmi Kesultanan Pahang)

Sebanyak 24 ekor lembu dikorbankan di masjid tersebut bagi meraikan sambutan Aidiladha. #BeritaRTM

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts