Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang Berkenan Bercemar Duli Berangkat Meriahkan Program Sukan Rakyat Kampung Bantal Semalam

by Oh! Semput


10
SHARES
131
VIEWS
Posted on 17 May 2026 10:02:00

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke program sukan rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, keberangkatan baginda turut diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah .

"Program sukan rakyat yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu berjaya menghimpunkan penduduk setempat serta pelbagai agensi dalam semangat muafakat dan kekeluargaan.

"Baginda berkenan menyaksikan pelbagai acara tradisional dan santai antaranya pertandingan tarik tali, acara belon kasih sayang serta aktiviti mengutip gula-gula yang disediakan khas untuk kanak-kanak," menerusi hantaran itu.

Lebih menggamatkan apabila baginda bersama Tengku Hassanal turut berkenan menyertai acara baling belon kasih sayang, sekali gus menambahkan kemeriahan suasana dan mencuit hati rakyat yang hadir.

Acara tarik tali turut mencuri tumpuan apabila pasukan Majlis Kesultanan Pahang berjaya muncul naib juara selepas tewas tipis kepada pasukan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Hari ini, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Kampung Bantal, Jerantut. #HarianMetro

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts